Rabu, April 02, 2008

Kempen "Jom Derma Darah"











Kempen "Jom Derma Darah" sekali lagi diadakan pada 1 April 2008 di Dataran Sura. Sebanyak 66 pints darah telah dapat dikumpulkan dalam kempen yang berjalan selama 5 jam. Ia adalah satu kejayaan tersendiri bagi kumpulan BPC Part 1 semester ini.

TQ TQ TQ!

Perkhemahan Sukarelawan BSMM 2008 (Hari Ke 4)











Masakan di dapur Terengganu sememangnya menarik perhatian ahli dari kontigen German dan Singapura. Upacara perbarisan hari ke empat merupakan acara terakhir dan penutupan Perkhemahan BSMM kebangsaan. Kontigen Terengganu bergambar kenangan.

Perkhemahan Sukarelawan BSMM 2008 (Hari Ke 3)











Hari ketiga merupakan hari yang meletihkan untuk anggota PBS dan Belia ini. Mereka didedahkan dengan cara-cara menyelamat semasa berlaku bencana alam.

Perkhemahan Sukarelawan BSMM 2008 (Hari Ke 2)











Pasukan Terengganu telah membina kampung Terengganu yang cukup selesa. Ahli telah dibahagikan mengikut kumpulan untuk menyediakan sarapan pagi, tengahari dan malam. Semuanya menggunakan kaedah bencana alam dan dapur clinton. Acara malam kebudayaan dan uuka (Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa) cukup menghiburkan.

Perkhemahan Sukarelawan BSMM Asia Pasifik 2008











Perkhemahan Sukarelawan Peringkat Kebangsaan (Asia dan Pasifik) telah diadakan pada 24-27 Mac 2008. 40 anggota PBS dan 5 orang RDS telah dipilih untuk menyertainya. Perkhemahan kali ini telah diadakan di Tapak Ekspo di UPM Serdang Selangor. Hari Pertama menyaksikan berbagai kontigen negeri telah sampai dan mendirikan khemah masing-masing. Pihak IPK telah mendirikan Clinik Medan yang dapat disaksikan digambar-gambar yang paparkan ini. Ianya sebuah klinik yang lengkap.