Sabtu, Mac 13, 2010

Explorace Kokurikulum

Unit Ko-kurikulum telah menganjurkan aktiviti Explorace pada 11 - 13 Mac 2010 yang disertai oleh semua persatuan dan badan berunifom. Acara yang dipertandingkan adalah Jalan Lasak (8/6 km), berbasikal (10 km), Rentas Desa (6/4 km), Abseiling, memanah, istana pasir, Info-hunt, Trekking (3 km), Rentas halangan dan susun tayar.
















Acara-acara ini diadakan selama tiga hari dan pasukan PBSM telah meraih beberapa hadiah kemenangan. Di antaranya, PBSM telah mendapat tempat kedua dalam Rentas desa Siswa dan membina istana pasir. PBSM juga telah mendapat saguhati untuk info-hunt, Treking dan Rentas halangan.











Secara keseluruhannya, Pasukan PBSM telah memberi saingan yang hebat dan telah mencuba sedaya upaya untuk memenangi setiap aktiviti yang dipertandingkan.

"PBSM tidak kurang handalnya"

Khamis, Mac 04, 2010

Practical Nursing

Pada 3 Mac 2010, Pelajar semester 3 HBU134 telah diberikan latihan praktik tentang cara untuk menyediakan katil pesakit, menukar cadar dan cara untuk memindahkan pesakit. Latihan telah diberikan oleh jurulatih yang berpengalaman yang juga merupakan pembantu perubahan pusat kesihatan UiTM Terengganu Kampus Dungun, Tuan Haji Mohamad bin Jusoh.










"Membantu yang lemah"

Bantuan Banjir

Hujan November yang turun tanpa henti telah menyebabkan kebanyakan kawasan di daerah Dungun dilanda banjir yang buruk tahun ini. Banyak rumah penduduk yang mendiami kawasan yang rendah atau kawasan yang mempunyai saliran yang tidak sempurna telah ditengelami air. Ramai yang terpaksa dipindahkan ke kawasan atau pusat pemindahan banjir.

Saya dan Encik Othman bin Abdullah telah melawati pusat banjir Daerah Dungun di Pejabat Daerah Dungun, dan mendapati banyak pusat pemindahan yang telah dibuka. Antara pusat baru yang dibuka ialah di Kolej Redang UiTM Terengganu. Ini kerana ada staf dan juga pensyarah UiTM sendiri telah ditimpa musibah ini.











Dari 23-26 November 2009, Encik Othman selaku ketua bilik gerakan banjir Kampus UiTM Terengganu dan anak buahnya telah membantu memindah seramai 38 ahli keluarga staf dan di tempatkan di tingkat bawah blok satu Kolej Redang. PBSM Chapter UiTM Terengganu telah menyumbang sebanyak RM1400 untuk menyediakan bekalan makanan. Kami pastikan semua yang terlibat mendapat makanan sementara menunggu bantuan dari KKM.











"Sentiasa Perihatin"

Discovery Challenge

Pada 10 September 2009, sukarelawan PBSM telah bertugas semasa Fakulti Office Management and Tecnology mengadakan program Discovery Challenge.











"Sedia berkhidmat"

Family Day D'Bankers

pada 27 Februari 2010, seramai 10 orang sukarelawan telah ditugaskan sewaktu Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Bank mengadakan hari keluarga D'Bankers. Kumpulan ini telah diketuai oleh Nor Muslima Binti Abdullah. Program Permula dari 8 pagi dan berakhir pada 1 tengahari bertempat di Padang Kolej Tenggol.















"Bersedia"

Family Day DPA

Pada 27 February 2010, Fakulti Pentadbiran Awam UiTM Terengganu telah mengadakan family day. Sukarelawan PBSM telah diperlukan dan kami telah menghantar sepasukan sukarewan dari semester dua untuk membantu mempastikan keselamatan peserta adalah terjamin.












"Bersedia"

Majlis Sinar Ramadan

Pada 9 September 2009, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Ceramah sempena bulan Ramadan. Semua badan berunifom adalah dijemput hadir dan PBSM telah menghantar pelajar bahagian 3 untuk bersama-sama menghayati mesej yang disampaikan oleh penceramah jemputan pada hari tersebut.












"Berkhidmat dan beribadah"