Ahad, Oktober 23, 2011

Pentauliahan Komander PBSM

Pada 20 Oktober 2011, seramai 22 orang sukarelawan PBSM dari Unit Komander telah berjaya menamatkan latihan LIBK dan ditauliahkan sebagai Komander. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jalinan Industri, Prof Madya dr. Azemi Che Hamid.












Walaupun hari dibasahi hujan dari pagi hingga ke petang namun pasukan komander ini kental melakukan kawad dan mempamerkan formasi kawad dengan iringan pasukan brassband UiTM Terengganu.

Kesimpulannya, bilangan Komander PBSM kini telah bertambah dan boleh dilatih untuk persediaan program atau pertandingan kawad akan datang.

"Terbaikkk"

Kempen "Jom Derma Darah"

Pada 18 Oktober 2011, PBSM Chapter UiTM Terengganu sekali lagi menganjur Kempen "Jom Derma Darah". Kempen kali ini diuruskan oleh sukarelawan HBU114 (pelajar degree). Selian dilakukan oleh Encik Iskandar Tan, Pegawai Program Darah.












Seperti biasa, kempen dijalankan dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Hasil kempen sehali ini, kami telah berjaya mengutip 85 pints. Terima kasih kepada semua yang telah menderma iaitu dari kalangan pelajar, pensyarah dan staf sokongan. Allah sahaja yang membalasnya.

"Sentiasa Berkhidmat"

lawatan ke Rumah Orang-Orang Tua

Lawatan ke Rumah Kebajikan orang-orang tua AMBS telah dijalan pada 10 September 2011 sempena Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT 2011. Seramai 110 orang sukarelawan telah terlibat. Ketua Projek adalah Saudara Muhammad Afiq Iskandar Shamsuddin. Lawatan diselia oleh Cik Nur Dalila Samsudin, Timbalan Pegawai Penjaga PBS (Unit Komander)











Selain mendengar taklimat dari Encik Faizal, Penyelia Rumah Kebajikan AMBS, sukarelawan juga berkesempatan berkomunikasi dan membantu warga tua. Kami telah memberi sumbangan keperluan harian dan wang dari kutipan derma yang telah dilakukan oleh PBSM UiTM Terengganu.










Warga tua yang ada di pusat ini sentiasa rindu akan lawatan anak-anak dan saudara mara. Kedatangan sukarelawan ini, sedikit sebanyak mengubat rindu mereka. Ramai sukarelawan yang dapat menyelami kesedihan mereka dan ada yang menitiskan air mata.










Semoga lawatan ini dijadikan aktiviti setiap semester, supaya para pelajar UiTM Terengganu akan lebih prihatin dan menyayangi mereka yang lebih tua.

"Sentiasa Membantu mereka yang tua"

Sabtu, Oktober 22, 2011

Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT

Pada 10 September 2011, UiTM Terengganu telah mengadakan Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT 2011. Ia dianjurkan oleh MPP dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda, Persatuan/Kelab dalaman dan HEP. Karnival telah rasmikan oleh Encik Azahari bin Abdul Aziz, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Belbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya adalah, Brassband show, Permainan tradisional, persembahan dari pasukan silat dan bomba dan orienteering.










PBSM Chapter UiTM Terengganu sebagai persatuan yang aktif telah menghantar sukarelawan untuk menjayakan karnival ini. Antara aktiviti yang dijalankan oleh PBSM adalah:
1. Pameran Kesihatan telah diusahakan oleh Puan Azyanee (Pegawai Pameran) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Dungun.
2. Jualan barangan perhiasan bagi tujuan mengutip derma. (Telah diilhamkan oleh Puan Zariah, Naib Pengerusi 2)
3. Kempen "Jom Derma Darah". Diselia oleh Encik Iskandar Tan dan Encik Mohamad Bidin dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT. Jumlah kutipan adalah 60 pints darah.
4. Persembahan Kawad Formasi. (Dilatih dan diketuai oleh Saudara Ahmad Syahmi Abd. Halim)
5. Lawatan ke Rumah Orang-Orang Tua.
6. Pameran Peralatan PBSM. (Diusakan oleh Komander PBSM)











Sukarelawan telah mempamerkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan karnival ini. PBSM telah mempamerkan buat pertama kalinya kecekapan dan disiplin mereka dalam menjayakan kawad formasi. Saudara Syahmi telah berjaya melatih kumpulan kawad kaki yang hebat.

Kesimpulannya, pada karnival ini, PBSM telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah pasukan yang hebat dengan mempamerkan kemampuan menghasilkan beberapa aktiviti sekali gus dengan jayanya. Syabas PBSM.


"PBSM Paling Aktif"

Barbecue

Pasukan Komander PBSM Chapter UiTM (Terengganu) telah mengadakan 'Barbecue" party di Teluk Gadung pada 9 Oktober 2011.










"Bersatu sentiasa"

Hari Penderma Darah Sedunia

UiTM Terengganu telah dinobatkan sebagai Penganjur Program Menderma Darah yang PALING AKTIF di Negeri Terengganu pada Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia, Peringkat Negeri Terengganu 2011 yang dilangsungkan di Dewan Balai Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Terengganu pada 26 September 2011 baru-baru ini. Kita telah diletakkan dalam kategori Institusi Pengajian Tinggi dan telah mengalahkan semua instituti pengajian tinggi yang lain bagi jumlah darah yang dipungut di Terengganu.

1. Universiti Teknologi MARA Terengganu (Paling Aktif)
2. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
3. Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Gong Badak, K. Terengganu
4. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
5. Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu
6. Kolej Islam, Sains dan Teknologi (KIST), Hulu Terengganu
7. Kolej INFORANA, Marang, Terengganu
8. Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) K. Terengganu



PBSM ingin mengucapkan tahniah kepada UiTM Terengganu dan kepada semua yang telah membantu membawa kejayaan ini. Tema yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini adalah "MORE BLOOD MORE LIFE". Pihak penganjur iaitu, Jabatan kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu telah mengadakan anugerah ini setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada penderma darah dan seterusnya menggalakkan mereka untuk terus menderma darah di masa akan datang.

Antara penerima anugerah paling aktif yang lain adalah:
1. Penderma darah paling aktif Negeri Terengganu
YM Tengku Sharun Tengku Hussin (106 kali)
2. Penderma Aferesis Paling Aktif
Encik Mohd Fadhillah bin Ismail (11 kali)
3. Penderma darah wanita Paling Aktif Negeri Terengganu
Puan Kho Geok Lam (62 kali)
4. Penderma Kumpulan Darah Jarang (Rh(D) negative)
Encik Wan Bakri bin Wan Jamal (39 kali)
5. Anugerah Khas Penderma Darah
(Encik Mahadzir Ahmad (105 kali)

Staf UiTM Terengganu yang menerima penghargaan adalah:
Encik Ruslan bin Mohamad (Beliau telah menderma sebanyak 47 kali)












"MORE BLOOD MORE LIFE"