Khamis, Disember 22, 2011

Kempen Derma Darah

Laporan dari Encik Mohd Azrol Alias, UiTM Kampus Kuala Terengganu.



"Assalamualaikum w.b.t. & salam 1UiTM...
 
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah berjaya mengadakan Kempen Derma Darah. pada kelmarin dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang bertempat di Dewan Utama.
Program tersebut telah berjaya mengumpul 100 orang penderma terdiri daripada staf & pelajar UiTMKT. Terima kasih diucapkan kepada penderma yang telah meluangkan masa datang untuk menderma dan kepada yang tidak lulus ujian saringan supaya tidak putus asa serta sudi mencuba lagi pada masa akan datang. "
Wassalam.

















"Darah untuk hidup"

Sabtu, Disember 10, 2011

Persediaan Banjir

Pada 29 November 2011, di Perkarangan Hotel UiTM Terengganu telah diadakan "Cooking Simulation" untuk melatih dan mendedahkan pelajar kursus memasak UiTM Terengganu tentang cara-cara memasak menggunakan dapur Clinton. Kursus ini adalah sebagai persediaan untuk keperluan memasak ketika berlakunya banjir di Pusat Pemindahan Banjir Daerah Dungun kelak.















Aktiviti ini telah diadakan secara kerjasama di antara pihak Fakulti Pengurusan Hotel di bawah Encik Onn Rashidi dengan PBSM Chapter UiTM Terengganu. Kursus ini khususnya adalah untuk mendedahkan pelajar hotel yang diajarkan teknik masak cara moden dan diadakan di dalam bilik dapur yang lengkap, tetapi kali ini memasak di luar dapur dengan peralatan dapur Clinton. Sekumpulan pelajar yang telah dipilih oleh pihak Fakulti telah ditunjukajar secara praktik oleh Chef Aishah yang bukan sahaja pensyarah dan chef terlatih UiTM tetapi juga jawatankuasa memasak bencana alam PBSM UiTM Chapter Terengganu. Chef Aishah dibantu oleh rakan sejawat beliau Chef Mushaireen yang juga AJK PBSM Chapter UiTM Terengganu. Encik Onn Rashidi dan Enck Mohamad Muneer selaku Pegawai Memasak PBSM Chapter UiTM Terengganu turut hadir untuk menyelia aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti bermula jam 4.30 petang dan berjaya disempurnakan pada 6.30 petang dengan dihadiri oleh AJK PBSM Chapter yang datang untuk menjamu selera. Adalah diharapkan aktiviti ini telah membantu memantapkan AJK memasak Chapter secara psikologi supaya mereka dapat menyumbangkan khidmat sosial apabila diperlukan jika berlaku banjir besar.

"Masakan waktu banjir pun sedap"

Kempen "Jom Derma Darah"

Pada 6 - 7 Disember 2011, telah diadakan Kempen 'Jom Derma Darah" sempena cuti sekolah dan persediaan banjir dan perayaan. Keperluan darah diwaktu ini, terutama bulan November dan Disember agak meningkat kerana berlaku banyak kemalangan kerana ramai orang yang balik kampung atau pergi bercuti. Simpanan darah juga amat diperlukan ketika banjir kerana penganjuran kempen mungkin sukar dilakukan. Maka, PBSMM UiTM Tengganu telah mengambil inisiatif untuk membantu pihak hospital dengan penganjuran kempen kali ini.














Kempen diuruskan oleh semua pelajar semester 1 HBU114(Degree) dan diselia oleh Encik Iskandar dan Encik Mohd. Walaupun diadakan di tempat yang baru iaitu di Bilik Kegiatan Pelajar di HEP, kempen selama dua hari ini telah berjaya mengutip 317 pints darah. Syabas diucapkan pada pelajar pelajar semester 1 HBU114 (Degree). Terima kasih kepada semua penderma (380 orang) dan berharap mereka akan terus menderma dimasa akan datang. Terima kasih juga kepada pihak hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, PBSM Cawangan Terengganu dan HEP kerana sentiasa memberikan kerjasama dalam menjayakan kempen derma darah yang dianjurkan oleh Chapter UiTM Terengganu.

"Sentiasa Berkhidmat"