Kursus telah dirasmikan oleh YM Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud, Pengarah Kampus merangkap Pengerusi BSM Chapter UiTM Terengganu. Dalam ucapan beliau menekankan pentingnya mempunyai pengetahuan pertolongan cemas sejajar dengan hasrat BSM untuk mewujudkan "First Aider in every home".
Pengisian kursus telah disampaikan oleh Dr. Yusri Salleh iaitu pegawai perubatan Kampus UiTM Terengganu merangkap Penolong Pengarah Latihan, BSM Cawangan Terengganu serta dibantu oleh Tuan Haji Mohamad bin Jusoh, MA Pusat Kesihatan Kampus Dungun. Di sebelah petang, peserta dilatih mengendalikan CPR secara praktikal. Walaupun kelihatan kekok, namun semua peserta diberi peluang untuk mencuba.
Peserta terdiri dari anggota penyelamat UiTM, ahli BSM Chapter UiTM Terengganu, Pasukan Rapid Response Squad (RDS) dan peserta-peserta lain yang mewakili jabatan masing-masing.
Pengisian:
1. Bantuan Kecemasan Am dan Fisiolgi Am
2. Kepatahan
3. Luka
4. Kecederaan sukan
5. Terbakar
6. Melecur
7. Keracunan
8. Pengsan
9. Kaedah CPR serta praktikal
10 Pengenalan kepada kotak 'First-Aid' dan praktikal
Kursus tamat pada 4.30 petang.
"Mungkin satu hari kita amat diperlukan"