Jumaat, November 25, 2011

Konvokesyen

Istiadat Konvokesyen UiTM (Terengganu) kali ke 75 telah dilangsungkan di Dewan Aspirasi pada 29 and 30 October 2011. PBSM telah menghantar 5 orang sukarelawan untuk tugas "standby' bersama staf Pusat Kesihatan Kampus. Tiada kes yang dirujuk untuk bantuan.










Selain itu, PBSM juga menghantar sukarelawan untuk membantu melicinkan pergerakan kenderaan yang masuk dan keluar kampus sewaktu istiadat ini berlangsung. Dari laporan yang diterima, tiada masalah lalulintas yang berlaku walaupun cuaca tidak menentu.

"Sentiasa bersedia"

Selasa, November 08, 2011

Pameran Kanser Serviks

Pusat Kesihatan telah mengadakan satu ceramah "Kesedaran Kanser Serviks" di Auditorium Cemara pada 3 November 2011. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Yusri Salleh.














PBSM telah mengadakan Pameran yang berkaitan Kanser Serviks di perkarangan Auditorium. Ini adalah untuk menyokong program yang diadakan. Pameran telah diadakah dengan kerjasama dari Pusat Kesihatan Dungun dan diurus selia oleh Puan Azyanee dan Cik Najlaa.

"Elakkan Kanser"

Latihan PALAPES di UiTM Arau

PBSM Chapter UiTM Terengganu telah menghantar Komander PBSM untuk membantu pasukan perubatan yang bertugas di Kem Latihan Tahunan PALAPES di UiTM Arau, Perlis.











Di bawah adalah laporan yang disediakan oleh Muhammad Harith Rosly:

Satu pasukan perubatan yang terdiri daripada komander PBSM UiTM Dungun telah di hantar bertugas ke Kem Latihan Tahunan Palapes UiTM yang melibatkan 4 cawangan UiTM seluruh Malaysia. Kem ini dijalankan di UiTM Arau, Perlis selama tiga minggu bermula daripada 11 Oktober hingga 3 November 2011. Pasukan perubatan ini telah bekerjasama dengan Unit Kesihatan Arau yang diketuai oleh Dr. Wan Idris serta tiga anggota Kor Kesihatan Diraja (KKD).

UiTM Terengganu diwakili oleh:

MUHAMMAD AFIQ ISKANDAR BIN SHAMSHUDDIN

MOHAMAD AL-MUZAMMIL BIN MUHAMAD

MUHAMMAD HARITH BIN ROSLY

Pada minggu pertama kem tersebut semua aktiviti telah dijalankan di dalam kampus UiTM Arau serta di Lapang Sasar Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. Semua petugas telah di bahagikan kepada tiga kumpulan mengikut setiap aktiviti.

Minggu kedua pula banyak aktiviti telah berlangsung di luar kampus UiTM. Petugas-petugas telah dipecahkan kepada tiga kumpulan. Komander Afiq menjaga peringkat Junior, Komander Harith menjaga Intermediate dan Komander Al Muzammil menjaga peringkat Senior. Staff daripada Unit Kesihatan UiTM Arau juga bersama membanting tenaga bersama Komander PBSM UiTM Terengganu.

Pada minggu ketiga, semua aktiviti telah dijalankan di luar kawasan UiTM. Ketiga-tiga peringkat telah berkhemah di tiga kawasan yang berbeza. Mereka berkhemah hanya berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit. Para Komander juga telah mengikuti setiap kawasan perkhemahan dan merasai pengalaman yang sama dengan peserta kem. Kor Kesihatan Diraja bersama 3 anggotanya datang bersama Gombal, iaitu sebuah ambulans khas yang hanya digunakan di dalam hutan.

Di penghujung kem, anggota petugas PBSM UiTM Terengganu telah menerima pujian daripada pegawai-pegawai atasan Palapes dengan kesungguhan serta memberi komitmen yang penuh sepanjang kem dijalankan dan pihak mereka akan menimbang untuk memanggil semula petugas PBSM UiTM Terengganu ke pelbagai aktiviti anjuran Palapes di masa hadapan kerana kecemerlangan PBSM UiTM Terengganu menjalankan tugas.

"Sentiasa bersedia"