Jumaat, Februari 26, 2010

Maulidur rasul

Pada 26 Februari 2010, UiTM Terengganu telah menganjurkan perarakan Maulidur rasul yang disertai oleh persatuan akademik dan bukan akademik sempena menyambut kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Majlis bermula di Stadium Gemilang dengan ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pengarah UiTM Terengganu, YM Prof. Madya Tengku Yusof bin Tengku Mahmud.

PBSM telah menghantar kontigen seramai 60 orang yang yang terdiri dari pelajar semester 1 dan 2. Ia diketuai oleh pengerusi semester dua, Mohd Firdaus. Perarakan bergerak keluar kampus melalui Pos B dan masuk kembali melalui Pos A dan akhirnya berhenti di Pusat Hidayah. Di Pusat Hidayah warga UiTM dihidangkan dengan santapan rohani. Majlis telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada 11 pagi.



















"Memperkasakan Ummah"

Sabtu, Februari 13, 2010

Hari Keluarga UiTM Terengganu

Hari Keluarga UiTM Terengganu 16 Januari 2010 telah diadakan di Stadium Gemilang. Seramai 20 orang sukarelawan PBSM telah bertugas pada hari tersebut.











"Kami pastikan tiada yang cedera"