Ahad, Mac 23, 2008

AGM BSMM Chapter UiTM Terengganu

AGM BSMM Chapter UiTM Terengganu telah diadakan paa 27 Februari 2008. Mensyuarat telah dihadiri oleh Prof Madya Haji Abdul Rahim Ramli, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar merangkap Timbalan Pengerusi BSMM Chapter UiTM Terengganu. Tiada pemilihan dijalankan. Perlantikan baru hanya mengisi jawatan yang dikosongkan oleh ahli jawatankuasa yang telah bersara iaitu Encik Ghani.

Ahli Jawatankuasa Chapter UiTM Terengganu 2008/2010

Pengerusi:
YM Prof. Madya Tengku Yusof bin Tengku Mahmud
Pengarah UiTM Terengganu

Timbalan Pengerusi:
Prof. Madya Abdul Rahim bin Ramli
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar

Naib Pengerusi I:
Mohamed Ishak bin Haji Badarudin Rais

Naib Pengerusi II:
Zariah binti Abu Bakar

Pegawai Perubatan:
Dr. Yusri bin Salleh

Setiusaha Kehormat:
Mohd Tajul Hasnan bin Mohd Tajuddin

Bendahari Kehormat:
Nor Syamaliah binti Ngah

Penguasa Jururawat:
Salmiah binti Mustaffa

Pegawai Kelengkapan:
Jamaludin bin Wazir

Pegawai Penjaga Latihan:
Yusri bin Ya'acob

Pegawai Penjaga PBS:
Mushaireen bin Musa

Pegwai Informasi:
(Kosong)

Ahli Jawatankuasa:
Eltis Nazar binti Aziz

Ahli Jawatankuasa:
Ayu Azril bin Ali

Ahli Jawatankuasa:
Dalilah binti Abd. Manan

Ahli Jawatankuasa:
Rozaimah binti Abdul Ghani

Ahli Jawatankuasa:
Ahmad Syaril bin Abd. Wahab

Lawatan ke Hospital TAA












Pada 15 Februari 2008, PBSM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Mereka telah dibawa melawat ke unit kecemasan dan wad pesakit. Pelajar dapat mempelajari secara dekat keadaan pesakit dan bagaimana pihak hospital mengendalikan pesakit terutamanya mereka yang memerlukan rawatan kecemasan. Seramai 38 ahli PBSM telah menyertai lawatan ini dan setiap seorang diwajibkan menyediakan laporan ringkas lawatan.

"Seeing is believing"

Jom Derma Darah



















PBSM Chapter UiTM Terengganu telah mengadakan Kempen "Jom Derma Darah" sekali lagi yang telah diadakan di Dataran Sura selama dua hari pada 22 - 23 Januari 2008. Kempen yang diuruskan oleh ahli PBSM semester 2 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Dato' Dr. Haji Bahari bin Dato' Abu Mansor, Naib Pengerusi Kebangsaan. Kempen selama dua ini telah berjaya mengutip 315 pint darah. YBhg Dato' juga telah sudi menyampaikan cenderahati kepada penderma terbanyak Kampus UiTM Terengganu, iaitu Encik Ruslan bin Mohamad. Beliau telah menderma sebanyak 37 kali. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan kempen kali ini.

Terima kasih daun keladi!