Selasa, April 12, 2011

Mesyuarat Agung

Pada 12 April 2011 PBSMM Chapter UiTM Terengganu telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya dan dirasmikan oleh Encik Azahari bin Abdul Aziz, Timbalan Rektor HEP dan Alumni merangkap Timbalan Pengerusi PBSM Chapter UiTM Terengganu.

Majlis telah berjalan dengan lancar dengan lantikan beberapa muka baru. Dengan keanggotaan yang baru ini, diharapkan PBSMM Chapter UiTm Terengganu akan diuruskan dengan lebih lancar dan efisyen.

"Semangat Baru"

Sabtu, April 02, 2011

Latihan Kawad

Latihan kawad adalah aktiviti wajib bagi pelajar yang mengambil BPC. Semua pelajar akan dilatih oleh komander PBSM dan ia telah berjaya membentuk pelajar menjadi individu yang lebih berdisiplin.










Di kalangan Komander sendiri dapat dilihat nilai nilai baik seperti bekerja berpasukan dan kepimpinan.

"Pasukan Mantap"

Explorace UiTM Terengganu

Pada 1 dan 2 April 2011 telah berlangsung program Explorace yang dianjurkan oleh HEP. PBSM telah menghantar pasukan untuk menyertai program ini yang mengandungi aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar.











Antara acara yang disertai oleh PBSM adalah Memanah, info hunt dan abseiling. PBSM juga menghantar sukarelawan untuk membantu dari segi bantuan kecemasan.

"Bersukan dan berhibur"