Selasa, Julai 29, 2008

Lawatan Dato' Seri VC











Pada 27 Julai 2008 (Ahad), Yang Berbahagia, Dato' Seri Prof Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM Malaysia telah mengunjungi Kampus UiTM Terengganu. Sempena lawatan Dato' Seri V.C , PBSM telah untuk julung kalinya menyertai barisan kawad bersama dengan pasukan PALAPES dan KESATRIA. Walaupun ia adalah yang pertama kalinya disertai oleh PBSM, namun ahli PBSM yang terdiri dari pelajar Part 2 dan 3 telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Gambar di atas membuktikan PBSM Chapter UiTM Terengganu adalah badan berunifom yang aktif.

Kita akan pergi World!!!

Rabu, Julai 23, 2008

Kedai PBSM











Kedai PBSM telah pun memulakan operasinya mulai 22 Julai 2008. Bertempat di sebelahan Blok 10. Buat masa ini perniagaannya tertumpu kepada bahan makanan yang dibungkus dan air minuman ringan. Ia diuruskan oleh pelajar part 7 perakaunan dan ahli PBSM. Setakat ini perniagaan adalah laris sekitar 10 pagi apabila pelajar dan staf bersarapan.

Kedai ini akan memperbagai bahan perniagaan tidak lama lagi. Tumpuan adalah kepada buku-buku, alatulis dan peralatan PBSM. Objektif penubuhan adalah untuk membantu mencari dana untuk aktiviti persatuan.

Pada mereka yang belum ke sini, apa tunggu lagi... bantulah perniagaan kami.

Selasa, Julai 08, 2008

Kempen Derma Darah Serentak Seluruh Negara 2008

Majlis Pelancaran Kempen derma darah Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan bersama oleh BSMM Cawangan Terengganu dengan kerjasama BSMM Chapter UiTM Terengganu dan Hospital Sultanah Aminah Terengganu telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Kempen ini telah diadalah di Terengganu Trade Centre Kuala Terengganu.

Kempen yang membawa tema "DERMA DARAH BERTERUSAN", telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Dato' Sri Baderulzaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, merangkap Penasihat BSMM Cawangan Terengganu.









Gambar menunjukkan sebahagian anggota PBS UiTM Terengganu sedang menerima taklimat tugasan.









Ketibaan Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, telah disambut oleh Pegawai-Pegawai Tinggi PBSM termasuk YM Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud, Pengarah UiTM Terengganu merangkap Pengerusi BSMM Chapter UiTM Terengganu.









Majlis bermula dengan Ucapan dari Yang Berbahagia, Dato' Rakna Bijaya Dato' Haji Aziz Badli bin Hj. Awang Chik Pengerusi BSMM Cawangan Terengganu dan disusuli oleh ucapan dari Yang Berbahagia, Dato' Dr. Haji Bahari bin Dato' Abu Mansor, Naib Pengerusi BSMM Kebangsaan.











Majlis Kempen Derma Darah Kebangsaan telah dirasmikan pelancarannya oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja.









Penderma darah terbanyak peringkat kebangsaan telah menerima hadiah dari Y Bhg. Dato' Dr. Bahari. Negeri Sarawak yang muncul sebagai negeri terbanyak menyumbangkan darah telah menerima piala dari Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja.









Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, telah berkenan melawat Pameran yang diadakan dan menyaksikan cara CPR dijalankan.







Dipaparkan senario Kempen Derma darah, di mana penderma-penderma adalah terdiri dari pelajar, staf UiTM Terengganu dan penderma-penderma dari Kuala Terengganu. UiTM Terengganu telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Derma Darah Peringkat Kebangsaan ini.










Sejuta terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan tenaga dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang disumbangkan diberkati Allah swt.


"Beramal Melalui Derma Darah"