Isnin, Jun 01, 2009

Program Kampung Angkat

Pada 1 Jun 2009, rombongan PBSM telah berbincang dengan JKKK Kg. Pasir Raja berkenaan perancangan mengadakan Program Kampung Angkat.











"Berkhidmat untuk Masyarakat"

Program Kampung Angkat

Pada 25 Mei 2009, rombongan PBSM telah melawat kampung Pasir Raja untuk mendapatkan data bagi mengadakan program Kampung Angkat. Kami telah bertemu dengan Encik Ahmad Madhzar bin Awang Teh, Penolong Ketua Kampung Pasir Raja. Dari perbincangan yang diadakan, Encik Ahmad menyuarakan persetujuan untuk diadakan projek ini.











"Berkhidmat untuk Masyarakat"

Sukan Staf

Pada 18 - 23 Mei 2009 telah berlangsung Temasya Sukan Staf antara kampus UiTM kali ke12. Berbagai aktiviti sukan telah dijalankan dan di antara sukan ini ada yang agak lasak dan amat memerlukan khidmat PBSM. Antara yang menjadi prioriti kami adalah bola sepak, futsal, takraw dan bola keranjang.

Kami juga mendapat khidmat dari doktor dan pembantu perubatan dari kampus cawangan. Sepanjang temasya ini berjalan tiada kecederaan yang serius yang terjadi. Kebanyakan kecederaan adalah seperti kejang, regangan dan luka luka kecil.











"Bersedia Berkhidmat"

Selasa, April 07, 2009

Jom Derma Darah

Pada 7 April 2009, Kempen "Jom Derma Darah" untuk kali kedua tahun ini telah berjaya dilaksanakan oleh pelajar HBU114.











Kempen bermula jam 9.30pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang. Pungutan kali ini berjumlah 75 pints. Pelajar semester satu telah berusaha melalui promosi mereka dan berjaya melepasi target mereka iaitu 50 pints. Pungutan darah agak kurang berbanding pungutan bulan Januari disebabkan sebilangan besar pelajar agak tertumpu kepada ujian berterusan dan persembahan yang sedang berjalan, dan ada juga pelajar yang pulang awal .

Tahniah kepada ketua projek, Ahmad Nazmi Saharudin dan Siti Nur Asyrani Mohd Yassin kerana telah berjaya melaksanakan tugas mereka.


"Darah amat diperlukan"

Sabtu, April 04, 2009

Perhimpunan Sukarelawan Asia Pasifik

Ahli PBS dari BSMM Chapter UiTM Terengganu telah menyertai Perhimpunan Sukarelawan Peringkat Kebangsaan 2009 di Sik, Kedah yang diadakan dari 1 - 4 April 2009.

Di bawah adalah senario aktiviti dihari pertama, kedua dan ketiga














Seramai 45 rang ahli sukarelawan Chapter UiTM Terengganu telah terlibat. Ini termasuk Encik Ruslan, Puan Zalinawati, Cik Syila dan Encik Mohd Taufek Walek. Rombongan telah diketuai oleh Encik Othman bin Abdullah.













"Menjelajah dan Mempelajari"

Khamis, April 02, 2009

Lawatan Ke Rumah Orang-Orang Tua AMBS

Pada 2 April 2009 (Khamis), BSMM Chapter UiTM Terengganu telah mengadakan Lawatan ke Rumah Ehsan Bandar Al-Muktafibillah Shah (AMBS).












Seramai 31 orang peserta dari tahun dua yang diketuai oleh Mohd Amar Ridham Othman dan diiiringi oleh jurulatih HBU, Tuan Haji Muhammad bin Jusoh telah berada di Rumah Ehsan AMBS.

 










Di bawah adalah Kronologi Lawatan sepertimana yang dilaporkan oleh pelajar:

8.00 PAGI -8.15 PAGI :

Semua peserta lawatan, ahli jawatankuasa projek, penasihat projek dan pengiring lawatan berkumpul di hadapan Dewan Aspirasi UiTM Dungun, Terengganu. 

8.16 PAGI -8.30 PAGI :

Taklimat ringkas dari penasihat projek, Encik Ishak bin Badarudin Rais (Pappy) dan pengiring projek, Tuan Haji Muhammad bin Jusoh. 

8.31 PAGI -9.35 PAGI :

Para peserta dan pengiring lawatan bertolak ke Rumah Ehsan Bandar AMBS dari UiTM Dungun, Terengganu. 

9.36 PAGI -10.20 PAGI :

Rombongan lawatan tiba di Rumah Ehsan Bandar AMBS dan disambut mesra oleh Encik Faizal bin Ismail dan Encik Zainuddin bin Alias, Timbalan Pengetua Rumah Ehsan AMBS. Peserta lawatan dibawa ke bilik mesyuarat untuk taklimat ringkas mengenai Rumah Ehsan AMBS tersebut. Ucapan taklimat telah disampaikan oleh timbalan pengetua Rumah Ehsan AMBS iaitu Encik Zainuddin bin Alias. 

10.21 PAGI – 11.00 PAGI :

Peserta serta pengiring lawatan telah dibawa makan pagi yang disediakan oleh pihak Rumah Ehsan. 

11.00 PAGI – 1.15 T/HARI :

Diiringi oleh Encik Faizal bin Ismail, peserta lawatan dibawa ke wad-wad penghuni Rumah Ehsan Bandar AMBS. Terdapat empat buah wad yang terdiri dari dua wad pesakit wanita dan dua wad pesakit lelaki. Sepanjang melawat wad-wad tersebut, para peserta telah berpeluang untuk bersuai-kenal dengan para penghuni rumah ehsan tersebut. Keceriaan terpancar di wajah penghuni-penghuni tersebut apabila melihat kehadiran para peserta lawatan. Para peserta sempat berbual-bual, mendengar dan melayan luahan hati mereka. Selain itu, para peserta juga berpeluang menyuap makan penghuni rumah ehsan yang kurang upaya. Sepanjang melawat wad-wad tersebut, para peserta juga telah menyerahkan cenderahati iaitu tuala muka kepada penghuni rumah ehsan tersebut. 

1.16 T/HARI – 2.05 PETANG :

Setelah selesai melawat ke setiap wad di rumah ehsan tersebut, para peserta telah dibawa makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Rumah Ehsan AMBS. 

2.06       PETANG – 2.45 PETANG :

Setelah selesai makan tengah hari, para peserta menunaikan solat Zohor di surau. 

2.46 PETANG – 3.15 PETANG :

Setelah selesai solat Zohor, peserta kembali ke bilik mensyuarat untuk majlis penutup. Semasa majlis penutup, Ketua Projek lawatan ini, Mohd Amar Ridham bin Othman telah memberikan ucapan ringkas mengenai lawatan ini, serta mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak tertentu dalam menjadikan lawatan ini satu realiti. Kemudian, ketua projek telah menyampaikan cenderahati berupa plak dan hamper kepada pihak pengurusan Rumah Ehsan Bandar AMBS. Majlis penutup diakhiri dengan bacaaan doa oleh Sayyid Muhammad Izdihar bin Muslimin, salah seorang peserta lawatan. Setelah tamat majlis penutup, semua peserta berkumpul dan mengambil gambar bersama-sama dengan staf Rumah Ehsan Bandar AMBS. 

2.07       PETANG – 4.05 PETANG :

Bertolak pulang ke UiTM Dungun, Terengganu.

 


"Yang tua tidak pernah kita abaikan"

Isnin, Mac 23, 2009

Ceramah Kesihatan

Pada 12 Mac 2009, pelajar BSMM Chapter UiTM telah menganjurkan satu ceramah berkaitan dengan Denggi dan Chikungunya di Dewan Cemara.











Ceramah 2 jam ini telah disampaikan oleh Dr. Yusri Salleh selaku selaku Pegawai Perubatan Kampus merangkap Penolong Pengarah Latihan Cawangan Terengganu. Seramai 41 pelajar telah menghadiri ceramah tersebut. Antara yang telah diterangkan adalah, faktor-faktor yang menyebabkan munculnya penyakit tersebut dan cara-cara untuk mengelaknya.

Ketua Projek bagi Ceramah ini adalah Rozainah Izahyati Mohd pelajar BM224. Beliau dibantu oleh Noor Azrin Yayah, pelajar BM112, untuk promosi. Semoga apa yang elah diperohehi dari ceramah ini dapat dimanfaatkan 0leh para pelajar.


"Pastikan tiada nyamuk di rumah anda"

Ahad, Mac 15, 2009

First Aider in Every Home

Pada 11 Mac 2009, Program "First Aider in every Home" telah diadakan bertempat di Dewan Gadung, Hotel UiTM Terengganu. Ianya telah dianjurkan oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat dan dikendali bersama oleh BSMM Cawangan terengganu dan BSMM Chapter UiTM Terengganu.











Peserta-peserta adalah terdiri dari Pegawai-Pegawai Pembangunan Pelajar Kampus UiTM Terengganu dan peserta-peserta dari agensi-agensi di daerah Dungun.

Penceramah terdiri dari:
1. Dr. Yusri Salleh
2. Encik Mohamad Mat Zain
3. Encik Mohamed Ishak Badarudin

Peserta telah didedahkan kepada:
1. Tanggungjawab sebagai First Aider
2. Memahami apa itu pendarahan dan cara-cara merawat
3. Pengsan, afiksia
4. Keracunan
5. Teknik CPR

Di akhir bengkel, para peserta telah dinilai untuk melayakkan mereka menerima Sijil Pertolongan Cemas Asas. Peserta telah menduduki ujian bertulis dan juga ujian praktikal CPR.
Bengkel telah berjalan dengan lancar dan tamat pukul 5 petang.

"Perlu ada First Aider di setiap rumah"

Program Kampung Angkat

Pada 10 Mac 2009, Mesyuarat Program Kampung Anak Angkat telah diadakan di Lounge Hotel UiTM Terengganu. Ia adalah satu program yang dianjurkan bersama oleh BSMM Cawangan Terengganu dan BSMM Chapter UiTM Terengganu.












Mesyuarat hari ini telah dipengerusikan oleh Dato' Setia Bakti Dato' Haji Wan Abdul Manan Chik selaku Timbalan pengerusi BSMM Cawangan Terengganu. Turut hadir adalah YM Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud selaku Pengerusi BSMM Chapter UiTM Terengganu.

Mesyuarat telah bersetuju untuk memilih Kampung Pasir Raja sebagai Kampung Anak Angkat. Jawatankuasa kerja telah dipilih dan mesyuarat menetapkan 26 Mac sebagai hari untuk mesyuarat seterusnya.


"Jangan lupa mereka yang di kampung"

Rabu, Mac 04, 2009

Futsal DPA

Pada 20 - 21 Februari 2009, Pelajar Jurusan Pentadbiran Awam (DPA) telah menganjurkan pertandingan Futsal.  Ahli PBSM telah menghantar beberapa sukarewan ke sukan tersebut. 












Pertandingan dua hari ini telah berjalan lancar namun kecederaan tetap ada dan ahli PBSM sentiasa bersedia untuk membantu.


"Kami ada di sana"

Gotong Royong di Rantau Abang

Pada 21 Februari 2009, Bahagian HEP dan Alumni UiTM Terengganu telah menganjurkan program gotong royong membersih kawasan pantai di sekitar kawasan UiTM Terengganu dan Mesjid Rantau Abang. Ia melibatkan semua ahli badan beruniform UiTMCTKD termasuk Kesatria, PBSM, JPA3, Bomba dan lain-lain badan beruniform.













Seramai 45 orang sukarelawan telah dihantar ke Mesjid Rantau Abang untuk menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan mesjid tersebut sementara yang selebihnya telah ditugaskan membersih kawasan pantai.












Aktiviti bermula jam 8 pagi. Aktiviti pembersihan selesai jam 11pagi. Sukarelawan telah berpeluang melawat santuari penyu di kawasan berkenaan sehingga pukul 12 tengahari di mana hidangan makan tengahari disediakan oleh penduduk kampung. Pasukan UiTM bertolak pulang jam 12.45 tengahari.



"Kebersihan adalah keutamaan"

"Explorace" Kolej Kapas

Pada 13 Februari 2009, seramai 20 orang ahli PBSM telah bertugas semasa Aktiviti "Explorace" Kolej Kapas diadakan.  Sukarelawan ini telah diketuai oleh Cik Siti Fatihah Roslan (Cik Mel). 











10 check-point telah diadakan dan setiap check-point ini telah diawasi oleh dua orang petugas. Acara telah berjalan dengan lancar dan tamat pukul 1 tengahari.  Tiada kecederaan yang serius dilapurkan.  Tahniah kepada kumpulan ini.

"Bersukan dengan selamat"

Banker's Family Day

Pada 20 Februari 2009 (Jumaat), Pelajar-pelajar Perbankan (DIB) telah menganjurkan Hari Keluarga. Ianya telah diadakan di padang Kolej Tenggol. Kemeriahan dapat disaksikan di mana belbagai acara menarik telah diadakan.












Menjadi lumrah, setiap kali ada acara yang memerlukan tenaga fizikal tentunya adanya tercedera. Sukarelawan PBSM telah dijemput untuk mempastikan keselamatan pelajar yang bergembira ini terjaga dan mereka terus gembira.


"Jangan risau, kami ada"

Khamis, Februari 05, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan

Pada 2 Februari 2009, 3 buah persatuan yang telah dicalonkan untuk anugerah telah dijemput ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan dan Kelab yang diadakan di Dewan Sri Budiman di Kampus UiTM Malaysia Shah Alam. 

3 persatuan dari UiTM Terengganu yang dijemput adalah:
1. Majlis Perwakilan Pelajar 
2. Persatuan Bahas 
3. Persatuan Bulan Sabit Merah











Majlis bermula jam 9 malam dan di rasmikan oleh Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM.  Beliau menekankan kepentingan persatuan dan sumbangan persatuan dalam menaikkan nama UiTM di peringkat antarabangsa.  Seperti kebiasaan di atas permintaan pelajar, beliau telah menyanyikan dua buah lagu.











Di antara anugerah yang disampaikan adalah untuk kategori:
1. Akademik Ilmiah
2. Khidmat Masyarakat
3. Kreatif
4. Kebudayaan
5. Sukan
6. Keusahawanan
7. Program terbaik

Persatuan terbaik keseluruhan telah dimenangi oleh Kelab Memanah UiTM Pahang.  Mungkin kita kurang bernasib baik kali ini kerana tidak memenangi apa-apa anugerah, namun ia tidak mematahkan semangat kita untuk membuat yang terbaik.  InsyaAllah mungkin tahun depan rezeki kita pula.

'Tidak akan patah semangat'