Selasa, April 07, 2009
Jom Derma Darah
Kempen bermula jam 9.30pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang. Pungutan kali ini berjumlah 75 pints. Pelajar semester satu telah berusaha melalui promosi mereka dan berjaya melepasi target mereka iaitu 50 pints. Pungutan darah agak kurang berbanding pungutan bulan Januari disebabkan sebilangan besar pelajar agak tertumpu kepada ujian berterusan dan persembahan yang sedang berjalan, dan ada juga pelajar yang pulang awal .
Tahniah kepada ketua projek, Ahmad Nazmi Saharudin dan Siti Nur Asyrani Mohd Yassin kerana telah berjaya melaksanakan tugas mereka.
"Darah amat diperlukan"
Sabtu, April 04, 2009
Perhimpunan Sukarelawan Asia Pasifik
Khamis, April 02, 2009
Lawatan Ke Rumah Orang-Orang Tua AMBS
8.00 PAGI -8.15 PAGI :
Semua peserta lawatan, ahli jawatankuasa projek, penasihat projek dan pengiring lawatan berkumpul di hadapan Dewan Aspirasi UiTM Dungun, Terengganu.
8.16 PAGI -8.30 PAGI :
Taklimat ringkas dari penasihat projek, Encik Ishak bin Badarudin Rais (Pappy) dan pengiring projek, Tuan Haji Muhammad bin Jusoh.
8.31 PAGI -9.35 PAGI :
Para peserta dan pengiring lawatan bertolak ke Rumah Ehsan Bandar AMBS dari UiTM Dungun, Terengganu.
9.36 PAGI -10.20 PAGI :
Rombongan lawatan tiba di Rumah Ehsan Bandar AMBS dan disambut mesra oleh Encik Faizal bin Ismail dan Encik Zainuddin bin Alias, Timbalan Pengetua Rumah Ehsan AMBS. Peserta lawatan dibawa ke bilik mesyuarat untuk taklimat ringkas mengenai Rumah Ehsan AMBS tersebut. Ucapan taklimat telah disampaikan oleh timbalan pengetua Rumah Ehsan AMBS iaitu Encik Zainuddin bin Alias.
10.21 PAGI – 11.00 PAGI :
Peserta serta pengiring lawatan telah dibawa makan pagi yang disediakan oleh pihak Rumah Ehsan.
11.00 PAGI – 1.15 T/HARI :
Diiringi oleh Encik Faizal bin Ismail, peserta lawatan dibawa ke wad-wad penghuni Rumah Ehsan Bandar AMBS. Terdapat empat buah wad yang terdiri dari dua wad pesakit wanita dan dua wad pesakit lelaki. Sepanjang melawat wad-wad tersebut, para peserta telah berpeluang untuk bersuai-kenal dengan para penghuni rumah ehsan tersebut. Keceriaan terpancar di wajah penghuni-penghuni tersebut apabila melihat kehadiran para peserta lawatan. Para peserta sempat berbual-bual, mendengar dan melayan luahan hati mereka. Selain itu, para peserta juga berpeluang menyuap makan penghuni rumah ehsan yang kurang upaya. Sepanjang melawat wad-wad tersebut, para peserta juga telah menyerahkan cenderahati iaitu tuala muka kepada penghuni rumah ehsan tersebut.
1.16 T/HARI – 2.05 PETANG :
Setelah selesai melawat ke setiap wad di rumah ehsan tersebut, para peserta telah dibawa makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Rumah Ehsan AMBS.
2.06 PETANG – 2.45 PETANG :
Setelah selesai makan tengah hari, para peserta menunaikan solat Zohor di surau.
2.46 PETANG – 3.15 PETANG :
Setelah selesai solat Zohor, peserta kembali ke bilik mensyuarat untuk majlis penutup. Semasa majlis penutup, Ketua Projek lawatan ini, Mohd Amar Ridham bin Othman telah memberikan ucapan ringkas mengenai lawatan ini, serta mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak tertentu dalam menjadikan lawatan ini satu realiti. Kemudian, ketua projek telah menyampaikan cenderahati berupa plak dan hamper kepada pihak pengurusan Rumah Ehsan Bandar AMBS. Majlis penutup diakhiri dengan bacaaan doa oleh Sayyid Muhammad Izdihar bin Muslimin, salah seorang peserta lawatan. Setelah tamat majlis penutup, semua peserta berkumpul dan mengambil gambar bersama-sama dengan staf Rumah Ehsan Bandar AMBS.
2.07 PETANG – 4.05 PETANG :
Bertolak pulang ke UiTM Dungun, Terengganu.