Ahad, Mac 23, 2008

Jom Derma Darah



















PBSM Chapter UiTM Terengganu telah mengadakan Kempen "Jom Derma Darah" sekali lagi yang telah diadakan di Dataran Sura selama dua hari pada 22 - 23 Januari 2008. Kempen yang diuruskan oleh ahli PBSM semester 2 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Dato' Dr. Haji Bahari bin Dato' Abu Mansor, Naib Pengerusi Kebangsaan. Kempen selama dua ini telah berjaya mengutip 315 pint darah. YBhg Dato' juga telah sudi menyampaikan cenderahati kepada penderma terbanyak Kampus UiTM Terengganu, iaitu Encik Ruslan bin Mohamad. Beliau telah menderma sebanyak 37 kali. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan kempen kali ini.

Terima kasih daun keladi!