Selasa, Julai 08, 2008

Kempen Derma Darah Serentak Seluruh Negara 2008

Majlis Pelancaran Kempen derma darah Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan bersama oleh BSMM Cawangan Terengganu dengan kerjasama BSMM Chapter UiTM Terengganu dan Hospital Sultanah Aminah Terengganu telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Kempen ini telah diadalah di Terengganu Trade Centre Kuala Terengganu.

Kempen yang membawa tema "DERMA DARAH BERTERUSAN", telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Dato' Sri Baderulzaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, merangkap Penasihat BSMM Cawangan Terengganu.









Gambar menunjukkan sebahagian anggota PBS UiTM Terengganu sedang menerima taklimat tugasan.









Ketibaan Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, telah disambut oleh Pegawai-Pegawai Tinggi PBSM termasuk YM Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud, Pengarah UiTM Terengganu merangkap Pengerusi BSMM Chapter UiTM Terengganu.









Majlis bermula dengan Ucapan dari Yang Berbahagia, Dato' Rakna Bijaya Dato' Haji Aziz Badli bin Hj. Awang Chik Pengerusi BSMM Cawangan Terengganu dan disusuli oleh ucapan dari Yang Berbahagia, Dato' Dr. Haji Bahari bin Dato' Abu Mansor, Naib Pengerusi BSMM Kebangsaan.











Majlis Kempen Derma Darah Kebangsaan telah dirasmikan pelancarannya oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja.









Penderma darah terbanyak peringkat kebangsaan telah menerima hadiah dari Y Bhg. Dato' Dr. Bahari. Negeri Sarawak yang muncul sebagai negeri terbanyak menyumbangkan darah telah menerima piala dari Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja.









Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, telah berkenan melawat Pameran yang diadakan dan menyaksikan cara CPR dijalankan.







Dipaparkan senario Kempen Derma darah, di mana penderma-penderma adalah terdiri dari pelajar, staf UiTM Terengganu dan penderma-penderma dari Kuala Terengganu. UiTM Terengganu telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Derma Darah Peringkat Kebangsaan ini.










Sejuta terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan tenaga dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang disumbangkan diberkati Allah swt.


"Beramal Melalui Derma Darah"