Baru-baru ini telah tersiar di media berkenaan dengan kekurangan bekalan darah yang kritikal terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Kekurangan darah sememangnya sentiasa dialami oleh pihak hospital kerana kekurangan penderma atau jenis darah yang diperlukan dan banyaknya berlaku kecederaan yang memerlukan bekalan darah.
Seperti biasa, PBSM menguruskan kempen dengan kerjasama Hospital Besar Sultanah Zahirah Kuala Terengganu. Encik Mohd Fadli Muhd Yusof [Pegawai Perhubungan Awam HBSZ] telah banyak membantu memudahkan pengurusan kempen dan dibantu oleh Dr. Tan Gou Cheng yang kali pertama mengunjungi Kampus Dungun. Seramai 345 orang yang terdiri dari pelajar dan staf UiTM telah mendaftar dan diperiksa. Dengan dibantu oleh sukarelawan PBSM UiTM dan setelah bertungkus lumus dari pagi hingga petang, akhirnya kami berjaya mengutip 290 pints darah yang amat diperlukan oleh pihak hospital.
Terima kasih kepada PBSM Cawangan Terengganu yang telah memberi lampu hijau kepada kempen ini dan sentiasa memberi sokongan pada setiap program yang kami adakan. Terima kasih kepada semua pelajar PBSM terutama HBU124 yang diketuai oleh adik Firdaus yang membantu tanpa jemu. Terima kasih kepada semua yang telah menderma dan memberikan kerjasama dalam menjayakan kempen "Jom Derma Darah" kali ini.
"Hidup sentiasa berbudi"