Sabtu, Januari 30, 2010

Expo Minggu KUALITI

Pada 12-14 Januari 2010 telah berlangsung Ekspo Kualiti yang melibatkan berbagai Fakulti dan bahagian di UiTM Kampus Terengganu dan beberapa agensi luar. Booth ekspo dibina di dalam Dewan Aspirasi dan bagi agensi-agensi luar, booth disediakan di perkarangan Dewan Aspirasi.










PBSM Chapter UiTM Terengganu telah dijemput untuk menyertai ekspo ini dan kami telah diberi booth yang pertama dipintu masuk dewan. Kami amat berbangga diberi peluang kedua untuk menyertai ekspo ini.










Kami telah memilih 10 orang sukarelawan PBSM untuk mengendalikan booth ini, diketuai oleh adik Firdaus, Yusof Firdaus dan Mohd Naquiuddin Ismail Hasan. Mereka telah berusaha menghias dan melengkapkan dokumentasi yang diperlukan.

Semasa berlangsungnya ekspo, kunjungan pelawat ke booth PBSM adalah sangat menggalakkan. Pelajar-pelajar sekolah yang berdekatan telah mendapat manafaat yang besar daripada penerangan yang disampaikan oleh para petugas. Pengunjung-pengunjung ini telah diberi tunjukcara bagaimana melakukan CPR dan memakai anduh. Pengunjung hanya diberikan cenderahati berdasarkan keberanian mereka untuk mencuba melakukan CPR.











Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah melawai booth kami. Terima kasih kepada penganjur yang telah memberi kami peluang untuk mempromosikan PBSM kepada orang ramai.

"Kami adalah badan beruniform yang berjaya"