Rabu, April 07, 2010

Kempen "Jom Derma Darah"

Pada 5- 6 April 2010, sekali lagi PBSMM Chapter UiTM Terengganu telah menganjurkan kempen derma darah. Dataran Sura (DATSU) sentiasa menjadi tempat pilihan.












Kempen kali ini dilaksanakan bersamaan dengan promosi pencegahan dan kawalan penyakit TB sempena sambutan Minggu TB Peringkat Negeri Terengganu. Ia diadakan pada hari ini (05 April 2010) di Dataran Sura mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak Jabatan Kesihatan adalah Edaran risalah, edaran poster, Info TB, Kuiz dan kaunter saringan TB dan Saringan Ujian HIV sukarela.

Kempen dua hari ini telah berjaya memungut 128 pints darah. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh penderma yang budiman, Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah, Jabatan Kesihatan dan Lions Club Kuala Terengganu.

"Sentiasa membantu"