Selasa, November 08, 2011

Latihan PALAPES di UiTM Arau

PBSM Chapter UiTM Terengganu telah menghantar Komander PBSM untuk membantu pasukan perubatan yang bertugas di Kem Latihan Tahunan PALAPES di UiTM Arau, Perlis.











Di bawah adalah laporan yang disediakan oleh Muhammad Harith Rosly:

Satu pasukan perubatan yang terdiri daripada komander PBSM UiTM Dungun telah di hantar bertugas ke Kem Latihan Tahunan Palapes UiTM yang melibatkan 4 cawangan UiTM seluruh Malaysia. Kem ini dijalankan di UiTM Arau, Perlis selama tiga minggu bermula daripada 11 Oktober hingga 3 November 2011. Pasukan perubatan ini telah bekerjasama dengan Unit Kesihatan Arau yang diketuai oleh Dr. Wan Idris serta tiga anggota Kor Kesihatan Diraja (KKD).

UiTM Terengganu diwakili oleh:

MUHAMMAD AFIQ ISKANDAR BIN SHAMSHUDDIN

MOHAMAD AL-MUZAMMIL BIN MUHAMAD

MUHAMMAD HARITH BIN ROSLY

Pada minggu pertama kem tersebut semua aktiviti telah dijalankan di dalam kampus UiTM Arau serta di Lapang Sasar Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. Semua petugas telah di bahagikan kepada tiga kumpulan mengikut setiap aktiviti.

Minggu kedua pula banyak aktiviti telah berlangsung di luar kampus UiTM. Petugas-petugas telah dipecahkan kepada tiga kumpulan. Komander Afiq menjaga peringkat Junior, Komander Harith menjaga Intermediate dan Komander Al Muzammil menjaga peringkat Senior. Staff daripada Unit Kesihatan UiTM Arau juga bersama membanting tenaga bersama Komander PBSM UiTM Terengganu.

Pada minggu ketiga, semua aktiviti telah dijalankan di luar kawasan UiTM. Ketiga-tiga peringkat telah berkhemah di tiga kawasan yang berbeza. Mereka berkhemah hanya berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit. Para Komander juga telah mengikuti setiap kawasan perkhemahan dan merasai pengalaman yang sama dengan peserta kem. Kor Kesihatan Diraja bersama 3 anggotanya datang bersama Gombal, iaitu sebuah ambulans khas yang hanya digunakan di dalam hutan.

Di penghujung kem, anggota petugas PBSM UiTM Terengganu telah menerima pujian daripada pegawai-pegawai atasan Palapes dengan kesungguhan serta memberi komitmen yang penuh sepanjang kem dijalankan dan pihak mereka akan menimbang untuk memanggil semula petugas PBSM UiTM Terengganu ke pelbagai aktiviti anjuran Palapes di masa hadapan kerana kecemerlangan PBSM UiTM Terengganu menjalankan tugas.

"Sentiasa bersedia"