Ahad, Ogos 19, 2007

PBSM Menjana Usahawan Muda











PBSM Chapter UiTM Terengganu bukan sahaja membimbing pelajar dalam berpesatuan dan mendidik pelajar menjadi pemimpin masa depan, PBSM juga membimbing pelajar untuk menjadi usahawan berjaya pada masa hadapan. Satu contoh yang boleh diberikan di sini ialah pembukaan dan peoperasian cyber cafe Sa-din di Redang Food Court. Pembukaan Cyber cafe ini adalah hasil usahasama dengan PBSM. Encik Mohd Tajul Hasnan Tajuddin selaku Setiausaha kehormat PBSM Chapter UiTM Terengganu adalah juga penasihat kepada kelab keusahawanan Kampus UiTM Terengganu. Di atas bimbingan beliau, pelajar yang juga ahli PBSM diberi tunjukajar dan peransang untuk menguruskan perniagaan berunsurkan IT ini. Setakat ini, Cyber cafe ini telah beroperasi dan diurus dengan baik sekali. Perniagaan ini juga menjadi sumber dana kepada Persatuan.

PBSM juga bercita-cita untuk mencebur bidang perniagaan lain dan akan membimbing pelajar lain yang berminat dan bermotivasi tinggi.

Mesyarat PBSM

20 March 2007

Mesyuarat Program Latihan Bencana Dalam Masyarakat (CBDP)
Di Bilik Mesyuarat Utama, UiTM Terengganu

Di Pengerusikan oleh Dato' Setia Bakti

Canterbury Rugby Match










Bukan mudah untuk mencari petugas yang sanggup memberi khidmat pertolongan cemas terutamanya bagi sukan ragbi. Terlalu banyak kecederaan. Bukan setakat luka atau lebam sahaja tetapi ada pemain yang mengalami patah tulang atau terkehel. Di gambar ini boleh dikenali ahli PBSM yang sanggup mengharungi cabaran tersebut. Syabas.

Kempen Derma Darah










Pada 13 - 14 Februari 2007, PBSM telah menjalankan kempen Derma darah bagi kali kedua semester ini. Ia dijalankan oleh pelaja BPC part 1. Kempen kali ini telah berjaya memungut 265 pints darah.

Kempen Derma Darah

Pada 24 Januari 2007, pihak hospital Kuala Terengganu telah memohon kerjasama dengan PBSM Chapter UiTM Terengganu untuk menganjurkan kempen derma darah. Ianya agak mengejut dan Pelajar BPC pada ketika itu kurang bersedia untuk aktiviti seperti ini. Namum mereka telah berjaya mengurus dan melaksanakan kempen ini dan memperolehi pungutan sebanyak 82 pints darah.

Jumaat, Ogos 17, 2007

PBSM Chapter UiTM Terengganu

Pada 31hb Januari 2007 delegasi pegawai PBSM Cawangan Terengganu yang diketuai oleh Dato' Rakna Bijaya, Dato' Haji Aziz Badli bin Haji Awang Chik telah bertemu dengan Pengarah UiTM Terengganu YM Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud. Kunjungan ini juga secara rasminya adalah pengiktirafan kepada UiTM Terengganu kerana telah berjaya menubuhkan Chapter BSMM UiTM Terengganu.

Tahniah UiTM Terengganu!