Ahad, Ogos 19, 2007
PBSM Menjana Usahawan Muda
PBSM Chapter UiTM Terengganu bukan sahaja membimbing pelajar dalam berpesatuan dan mendidik pelajar menjadi pemimpin masa depan, PBSM juga membimbing pelajar untuk menjadi usahawan berjaya pada masa hadapan. Satu contoh yang boleh diberikan di sini ialah pembukaan dan peoperasian cyber cafe Sa-din di Redang Food Court. Pembukaan Cyber cafe ini adalah hasil usahasama dengan PBSM. Encik Mohd Tajul Hasnan Tajuddin selaku Setiausaha kehormat PBSM Chapter UiTM Terengganu adalah juga penasihat kepada kelab keusahawanan Kampus UiTM Terengganu. Di atas bimbingan beliau, pelajar yang juga ahli PBSM diberi tunjukajar dan peransang untuk menguruskan perniagaan berunsurkan IT ini. Setakat ini, Cyber cafe ini telah beroperasi dan diurus dengan baik sekali. Perniagaan ini juga menjadi sumber dana kepada Persatuan.
PBSM juga bercita-cita untuk mencebur bidang perniagaan lain dan akan membimbing pelajar lain yang berminat dan bermotivasi tinggi.