Khamis, Mac 04, 2010

Bantuan Banjir

Hujan November yang turun tanpa henti telah menyebabkan kebanyakan kawasan di daerah Dungun dilanda banjir yang buruk tahun ini. Banyak rumah penduduk yang mendiami kawasan yang rendah atau kawasan yang mempunyai saliran yang tidak sempurna telah ditengelami air. Ramai yang terpaksa dipindahkan ke kawasan atau pusat pemindahan banjir.

Saya dan Encik Othman bin Abdullah telah melawati pusat banjir Daerah Dungun di Pejabat Daerah Dungun, dan mendapati banyak pusat pemindahan yang telah dibuka. Antara pusat baru yang dibuka ialah di Kolej Redang UiTM Terengganu. Ini kerana ada staf dan juga pensyarah UiTM sendiri telah ditimpa musibah ini.











Dari 23-26 November 2009, Encik Othman selaku ketua bilik gerakan banjir Kampus UiTM Terengganu dan anak buahnya telah membantu memindah seramai 38 ahli keluarga staf dan di tempatkan di tingkat bawah blok satu Kolej Redang. PBSM Chapter UiTM Terengganu telah menyumbang sebanyak RM1400 untuk menyediakan bekalan makanan. Kami pastikan semua yang terlibat mendapat makanan sementara menunggu bantuan dari KKM.











"Sentiasa Perihatin"