Sabtu, Mac 13, 2010

Explorace Kokurikulum

Unit Ko-kurikulum telah menganjurkan aktiviti Explorace pada 11 - 13 Mac 2010 yang disertai oleh semua persatuan dan badan berunifom. Acara yang dipertandingkan adalah Jalan Lasak (8/6 km), berbasikal (10 km), Rentas Desa (6/4 km), Abseiling, memanah, istana pasir, Info-hunt, Trekking (3 km), Rentas halangan dan susun tayar.
















Acara-acara ini diadakan selama tiga hari dan pasukan PBSM telah meraih beberapa hadiah kemenangan. Di antaranya, PBSM telah mendapat tempat kedua dalam Rentas desa Siswa dan membina istana pasir. PBSM juga telah mendapat saguhati untuk info-hunt, Treking dan Rentas halangan.











Secara keseluruhannya, Pasukan PBSM telah memberi saingan yang hebat dan telah mencuba sedaya upaya untuk memenangi setiap aktiviti yang dipertandingkan.

"PBSM tidak kurang handalnya"