Sabtu, Disember 10, 2011

Kempen "Jom Derma Darah"

Pada 6 - 7 Disember 2011, telah diadakan Kempen 'Jom Derma Darah" sempena cuti sekolah dan persediaan banjir dan perayaan. Keperluan darah diwaktu ini, terutama bulan November dan Disember agak meningkat kerana berlaku banyak kemalangan kerana ramai orang yang balik kampung atau pergi bercuti. Simpanan darah juga amat diperlukan ketika banjir kerana penganjuran kempen mungkin sukar dilakukan. Maka, PBSMM UiTM Tengganu telah mengambil inisiatif untuk membantu pihak hospital dengan penganjuran kempen kali ini.














Kempen diuruskan oleh semua pelajar semester 1 HBU114(Degree) dan diselia oleh Encik Iskandar dan Encik Mohd. Walaupun diadakan di tempat yang baru iaitu di Bilik Kegiatan Pelajar di HEP, kempen selama dua hari ini telah berjaya mengutip 317 pints darah. Syabas diucapkan pada pelajar pelajar semester 1 HBU114 (Degree). Terima kasih kepada semua penderma (380 orang) dan berharap mereka akan terus menderma dimasa akan datang. Terima kasih juga kepada pihak hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, PBSM Cawangan Terengganu dan HEP kerana sentiasa memberikan kerjasama dalam menjayakan kempen derma darah yang dianjurkan oleh Chapter UiTM Terengganu.

"Sentiasa Berkhidmat"