Sabtu, Disember 10, 2011

Persediaan Banjir

Pada 29 November 2011, di Perkarangan Hotel UiTM Terengganu telah diadakan "Cooking Simulation" untuk melatih dan mendedahkan pelajar kursus memasak UiTM Terengganu tentang cara-cara memasak menggunakan dapur Clinton. Kursus ini adalah sebagai persediaan untuk keperluan memasak ketika berlakunya banjir di Pusat Pemindahan Banjir Daerah Dungun kelak.















Aktiviti ini telah diadakan secara kerjasama di antara pihak Fakulti Pengurusan Hotel di bawah Encik Onn Rashidi dengan PBSM Chapter UiTM Terengganu. Kursus ini khususnya adalah untuk mendedahkan pelajar hotel yang diajarkan teknik masak cara moden dan diadakan di dalam bilik dapur yang lengkap, tetapi kali ini memasak di luar dapur dengan peralatan dapur Clinton. Sekumpulan pelajar yang telah dipilih oleh pihak Fakulti telah ditunjukajar secara praktik oleh Chef Aishah yang bukan sahaja pensyarah dan chef terlatih UiTM tetapi juga jawatankuasa memasak bencana alam PBSM UiTM Chapter Terengganu. Chef Aishah dibantu oleh rakan sejawat beliau Chef Mushaireen yang juga AJK PBSM Chapter UiTM Terengganu. Encik Onn Rashidi dan Enck Mohamad Muneer selaku Pegawai Memasak PBSM Chapter UiTM Terengganu turut hadir untuk menyelia aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti bermula jam 4.30 petang dan berjaya disempurnakan pada 6.30 petang dengan dihadiri oleh AJK PBSM Chapter yang datang untuk menjamu selera. Adalah diharapkan aktiviti ini telah membantu memantapkan AJK memasak Chapter secara psikologi supaya mereka dapat menyumbangkan khidmat sosial apabila diperlukan jika berlaku banjir besar.

"Masakan waktu banjir pun sedap"