Selasa, Julai 29, 2008

Lawatan Dato' Seri VC











Pada 27 Julai 2008 (Ahad), Yang Berbahagia, Dato' Seri Prof Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM Malaysia telah mengunjungi Kampus UiTM Terengganu. Sempena lawatan Dato' Seri V.C , PBSM telah untuk julung kalinya menyertai barisan kawad bersama dengan pasukan PALAPES dan KESATRIA. Walaupun ia adalah yang pertama kalinya disertai oleh PBSM, namun ahli PBSM yang terdiri dari pelajar Part 2 dan 3 telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Gambar di atas membuktikan PBSM Chapter UiTM Terengganu adalah badan berunifom yang aktif.

Kita akan pergi World!!!

Rabu, Julai 23, 2008

Kedai PBSM











Kedai PBSM telah pun memulakan operasinya mulai 22 Julai 2008. Bertempat di sebelahan Blok 10. Buat masa ini perniagaannya tertumpu kepada bahan makanan yang dibungkus dan air minuman ringan. Ia diuruskan oleh pelajar part 7 perakaunan dan ahli PBSM. Setakat ini perniagaan adalah laris sekitar 10 pagi apabila pelajar dan staf bersarapan.

Kedai ini akan memperbagai bahan perniagaan tidak lama lagi. Tumpuan adalah kepada buku-buku, alatulis dan peralatan PBSM. Objektif penubuhan adalah untuk membantu mencari dana untuk aktiviti persatuan.

Pada mereka yang belum ke sini, apa tunggu lagi... bantulah perniagaan kami.

Selasa, Julai 08, 2008

Kempen Derma Darah Serentak Seluruh Negara 2008

Majlis Pelancaran Kempen derma darah Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan bersama oleh BSMM Cawangan Terengganu dengan kerjasama BSMM Chapter UiTM Terengganu dan Hospital Sultanah Aminah Terengganu telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Kempen ini telah diadalah di Terengganu Trade Centre Kuala Terengganu.

Kempen yang membawa tema "DERMA DARAH BERTERUSAN", telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Dato' Sri Baderulzaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, merangkap Penasihat BSMM Cawangan Terengganu.









Gambar menunjukkan sebahagian anggota PBS UiTM Terengganu sedang menerima taklimat tugasan.









Ketibaan Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, telah disambut oleh Pegawai-Pegawai Tinggi PBSM termasuk YM Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud, Pengarah UiTM Terengganu merangkap Pengerusi BSMM Chapter UiTM Terengganu.









Majlis bermula dengan Ucapan dari Yang Berbahagia, Dato' Rakna Bijaya Dato' Haji Aziz Badli bin Hj. Awang Chik Pengerusi BSMM Cawangan Terengganu dan disusuli oleh ucapan dari Yang Berbahagia, Dato' Dr. Haji Bahari bin Dato' Abu Mansor, Naib Pengerusi BSMM Kebangsaan.











Majlis Kempen Derma Darah Kebangsaan telah dirasmikan pelancarannya oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja.









Penderma darah terbanyak peringkat kebangsaan telah menerima hadiah dari Y Bhg. Dato' Dr. Bahari. Negeri Sarawak yang muncul sebagai negeri terbanyak menyumbangkan darah telah menerima piala dari Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja.









Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, telah berkenan melawat Pameran yang diadakan dan menyaksikan cara CPR dijalankan.







Dipaparkan senario Kempen Derma darah, di mana penderma-penderma adalah terdiri dari pelajar, staf UiTM Terengganu dan penderma-penderma dari Kuala Terengganu. UiTM Terengganu telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Derma Darah Peringkat Kebangsaan ini.










Sejuta terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan tenaga dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang disumbangkan diberkati Allah swt.


"Beramal Melalui Derma Darah"

Sabtu, Mei 03, 2008

Pasukan Bantuan Sukarela (PBS/vAD)

Pasukan Bantuan Sukarela (PBS/VAD) bagi BSMM Chapter UiTM Terengganu adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu PBS UTAMA dan PBS SOKONGAN. Pasukan PBS/VAD SOKONGAN adalah terdiri dari kalangan pelajar PBSM. Pasukan PBS/VAD UTAMA adalah terdiri dari kakitangan tetap Kampus Dungun.

Di bawah adalah senarai Ahli Pasukan Bantuan Sukarela (PBS/VAD) UTAMA:

1. Encik Othman bin Abdullah (CBDP/RDS) Komander PBS
2. Puan Salmiah binti Mustaffa (CBDP/RDS) (Unit Memasak)
3. Encik Mohd Taufek bin Walek @ Wahid (CBDP/RDS) (Unit Memasak)
4. Encik Sathir Ahamed bin Habib (CBDP/RDS)
5. Encik Ismail bin Saleh (CBDP/RDS) (Unit Memasak)
6. Encik Mohd Noor bin Mat Sulong (CBDP/RDS)
7. Encik Mohd Hasim bin Muji (RDS)
8. Encik Mat Jali bin Ismail (CBDP)
9. Encik Abdullah bin Mohd
(CBDP)
10. Encik Mazlan bin Musa (CBDP)
11. Encik Asyril bin Noriz (CBDP)
12. Encik Nor Asmadi bin Ibrahim (CBDP)
13. Encik Ahmad Syaril bin Abd Wahab (CBDP)
14. Encik Amer Hafzan bin Mat Nor (CBDP)
15. Puan Marizam bt. Che Kar (CBDP)
16. Puan Zaleha bt. Ab. Rahim (CBDP)
17. Cik Dalilah bt. Che Ab. Manan (CBDP)
18. Encik Wan Khairul Adli b. Wan Abd. Satar (CBDP)
19. Encik Zulkifli bin Salleh (CBDP)
20. Encik Zakaria bt. Husain (CBDP)
21. Encik Khairul Afizan bin Mohamed Nor (CBDP)
22. Encik Ruslan bin Mohamad (Unit Memasak) (Pemandu Bot Bertauliah)


UNIT MEMASAK ELIT

1. Cik Jazira (Pensyarah Perhotelan)
2. Cik Saira (Pensyarah Perhotelan)
3. Puan Salmiah binti Mustaffa (Unit Kesihatan)
4. Encik Mohd Taufek bin Walek @ Wahid (Unit Kolej)
5. Encik Ismail bin Saleh (Pejabat Pendaftar)
6. Encik Ruslan bin Mohamad (Pejabat Pendaftar)
7. (Pelajar)
8. (Pelajar)
9. (Pelajar)
10. (Pelajar)

Pasukan PBS BSMM Chapter UiTM Terengganu ini akan berkhidmat bukan sahaja untuk warga Kampus UiTM Terengganu sahaja malah bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada sesiapa jua dan di mana sahaja diperlukan.

Semoga Allah SWT merahmati kita semua...




Jumaat, Mei 02, 2008

Mesyuarat BSMM Cawangan Terengganu

Mesyuarat BSMM Cawangan Terengganu pada 1 Mei 2008 telah memutuskan pelantikan Ahli Jawatankuasa BSMM Cawangan untuk 2008/2010


Penasihat:
YAM TENGKU SRI PANGLIMA RAJA
Y.A.M. Tengku Dato' Sri Baderulzaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud



Ahli Jawatankuasa Cawangan tahun 2008 - 2010

Pengerusi:
Dato' Rakna Bijaya
Dato' Haji Aziz Badli bin Hj. Awang Chik

Timbalan Pengerusi:
Dato' Setia Bakti
Dato' Haji Wan Abdul Manan bin Chik

Naib Pengerusi I:
Dato' Haji Mat Razali bin Kassim
(Datok Bandar Kuala Terengganu)

Naib Pengerusi II:
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Pengarah:
Haji Muda bin Muda

Pegawai Perubatan:
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

Setiausaha Kehormat:
Mohamad bin Mohd Zain

Bendahari Kehormat:
Ab Halim bin Mohd Zain

Penolong Pengarah Latihan:
Dr. Yusri bin Salleh (UiTM Terengganu)

Penolong Pengarah PBS:
Mohamed Ishak bin Haji Badarudin Rais (UiTM Terengganu)

Penolong Pengarah Belia:
Wan Hazahari bin Wan Nik

Penolong Pengarah Kanak-Kanak (link) :
(kosong)

Penguasa Jururawat :
Penguasa Jururawat Hospital Kuala Terengganu.

Pegawai kelengkapan :
Zamri bin Abdullah

Ahli Jawatankuasa :
Hariff Fadillah bin Hashim

Ahli Jawatankuasa :
Norazliza binti Mohd Zain

Rabu, April 02, 2008

Kempen "Jom Derma Darah"











Kempen "Jom Derma Darah" sekali lagi diadakan pada 1 April 2008 di Dataran Sura. Sebanyak 66 pints darah telah dapat dikumpulkan dalam kempen yang berjalan selama 5 jam. Ia adalah satu kejayaan tersendiri bagi kumpulan BPC Part 1 semester ini.

TQ TQ TQ!

Perkhemahan Sukarelawan BSMM 2008 (Hari Ke 4)











Masakan di dapur Terengganu sememangnya menarik perhatian ahli dari kontigen German dan Singapura. Upacara perbarisan hari ke empat merupakan acara terakhir dan penutupan Perkhemahan BSMM kebangsaan. Kontigen Terengganu bergambar kenangan.

Perkhemahan Sukarelawan BSMM 2008 (Hari Ke 3)











Hari ketiga merupakan hari yang meletihkan untuk anggota PBS dan Belia ini. Mereka didedahkan dengan cara-cara menyelamat semasa berlaku bencana alam.

Perkhemahan Sukarelawan BSMM 2008 (Hari Ke 2)











Pasukan Terengganu telah membina kampung Terengganu yang cukup selesa. Ahli telah dibahagikan mengikut kumpulan untuk menyediakan sarapan pagi, tengahari dan malam. Semuanya menggunakan kaedah bencana alam dan dapur clinton. Acara malam kebudayaan dan uuka (Undang-undang Kemanusiaan dan Antarabangsa) cukup menghiburkan.

Perkhemahan Sukarelawan BSMM Asia Pasifik 2008











Perkhemahan Sukarelawan Peringkat Kebangsaan (Asia dan Pasifik) telah diadakan pada 24-27 Mac 2008. 40 anggota PBS dan 5 orang RDS telah dipilih untuk menyertainya. Perkhemahan kali ini telah diadakan di Tapak Ekspo di UPM Serdang Selangor. Hari Pertama menyaksikan berbagai kontigen negeri telah sampai dan mendirikan khemah masing-masing. Pihak IPK telah mendirikan Clinik Medan yang dapat disaksikan digambar-gambar yang paparkan ini. Ianya sebuah klinik yang lengkap.

Ahad, Mac 23, 2008

AGM BSMM Chapter UiTM Terengganu

AGM BSMM Chapter UiTM Terengganu telah diadakan paa 27 Februari 2008. Mensyuarat telah dihadiri oleh Prof Madya Haji Abdul Rahim Ramli, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar merangkap Timbalan Pengerusi BSMM Chapter UiTM Terengganu. Tiada pemilihan dijalankan. Perlantikan baru hanya mengisi jawatan yang dikosongkan oleh ahli jawatankuasa yang telah bersara iaitu Encik Ghani.

Ahli Jawatankuasa Chapter UiTM Terengganu 2008/2010

Pengerusi:
YM Prof. Madya Tengku Yusof bin Tengku Mahmud
Pengarah UiTM Terengganu

Timbalan Pengerusi:
Prof. Madya Abdul Rahim bin Ramli
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar

Naib Pengerusi I:
Mohamed Ishak bin Haji Badarudin Rais

Naib Pengerusi II:
Zariah binti Abu Bakar

Pegawai Perubatan:
Dr. Yusri bin Salleh

Setiusaha Kehormat:
Mohd Tajul Hasnan bin Mohd Tajuddin

Bendahari Kehormat:
Nor Syamaliah binti Ngah

Penguasa Jururawat:
Salmiah binti Mustaffa

Pegawai Kelengkapan:
Jamaludin bin Wazir

Pegawai Penjaga Latihan:
Yusri bin Ya'acob

Pegawai Penjaga PBS:
Mushaireen bin Musa

Pegwai Informasi:
(Kosong)

Ahli Jawatankuasa:
Eltis Nazar binti Aziz

Ahli Jawatankuasa:
Ayu Azril bin Ali

Ahli Jawatankuasa:
Dalilah binti Abd. Manan

Ahli Jawatankuasa:
Rozaimah binti Abdul Ghani

Ahli Jawatankuasa:
Ahmad Syaril bin Abd. Wahab

Lawatan ke Hospital TAA












Pada 15 Februari 2008, PBSM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Mereka telah dibawa melawat ke unit kecemasan dan wad pesakit. Pelajar dapat mempelajari secara dekat keadaan pesakit dan bagaimana pihak hospital mengendalikan pesakit terutamanya mereka yang memerlukan rawatan kecemasan. Seramai 38 ahli PBSM telah menyertai lawatan ini dan setiap seorang diwajibkan menyediakan laporan ringkas lawatan.

"Seeing is believing"

Jom Derma Darah



















PBSM Chapter UiTM Terengganu telah mengadakan Kempen "Jom Derma Darah" sekali lagi yang telah diadakan di Dataran Sura selama dua hari pada 22 - 23 Januari 2008. Kempen yang diuruskan oleh ahli PBSM semester 2 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Dato' Dr. Haji Bahari bin Dato' Abu Mansor, Naib Pengerusi Kebangsaan. Kempen selama dua ini telah berjaya mengutip 315 pint darah. YBhg Dato' juga telah sudi menyampaikan cenderahati kepada penderma terbanyak Kampus UiTM Terengganu, iaitu Encik Ruslan bin Mohamad. Beliau telah menderma sebanyak 37 kali. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan kempen kali ini.

Terima kasih daun keladi!

Rabu, September 12, 2007

RAMADHAN

Selamat Berpuasa kepada semua ahli PBSM Chapter UiTM Terengganu.

Rabu, September 05, 2007

Fire-drill











Pada jam 9.15 pagi ini (5 September 2007), telah berlaku "kebakaran" di bangunan integriti. Semua staf yang berada di bangunan bergegas keluar menyelamatkan diri ke tapak yang telah disediakan. Malangnya 3 orang telah terperangkap dan terpaksa diselamatkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat. Tiada kehilangan nyawa.

Beginilah senario ketika dijalankan simulasi penyelamatan ketika "kebakaran" di bangunan Integriti. Fire drill ini telah dijalankan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dibantu oleh Skuad Penyelamat, Skuad RDS (Rapid Deployment Squad), Skuad VAD PBSM, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Unit Keselamatan dan Unit Kesihatan.

Mengikut post-mortem, staf berjaya dikeluarkan kurang dari 7 minit. Satu masa yang amat baik tapi boleh diperbaiki. Semua mangsa yang cedera di dalam bangunan dapat diselamatkan dalam masa kurang 10 minit dan terus dibawa oleh ambulans ke hospital. Di atas adalah gambar-gambar yang menunjukkan Timbalan Pengarah HEP Prof. Madya Haji Abdul Rahim Ramli sedang memadamkan api menggunakan fire-extinguisher (powder), Encik Ismail menggunakan hydran dan mangsa kebakaran di bawa ke ambulans.

Khamis, Ogos 30, 2007

Larian bendera sempena Hari Merdeka

Pada 27 Ogos 2007, 10 orang ahli PBSM dari Part 2 telah terlibat sebagai "standby" di Stadium Gemilang sempena sambutan hari Merdeka. Mereka adalah:

1.NORSHUHAILA BT ABDUL GHAZALI HO

2006153707

DEE

2.THAQIFAH NAFISAH HUSSAIN

2006111559

DEE

3.IRMA HIDAYANTI HALIM AFFENDY

2006111549

DEE

4.YUSNORHIDAYAH MOHAMED YUSUP

2006124495

AM110

5.NURUL FARAH AHMAD TAJUDDIN

2006124505

AM110

6.AMY NURSYUHADA BT MAZLAN

2006124535

AM110

7.TENGKU ROHASUZA TG MUDA

2006124547

AM110

8.SYARIFAH BT OTHMAN

2006125495

AM110

9.NIK HILLIANA BT NIK HEN

2006111139

BM114

10.SITI AMINAH BT LUKMAN

2006111143

BM114