Sabtu, Ogos 30, 2008

Perkhemahan

Hari ini (30 Ogos 2008) adalah hari terakhir perkhemahan BSMM Chapter UiTM Terengganu. Ia telah diadakah di Taman Rekreasi Jambu Bongkok, Rantau Abang sejak Khamis. Seramai 41 orang ahli (majoritinya pelajar part 3 diketuai Lukmanul Hakim) telah terlibat dan diselia oleh Encik Tajul Hasnan (Setiausaha kehormat), Puan Salmiah (Jururawat) dan Encik Ruslan Mohamad.















Pelajar dilatih cara-cara membuat "make-up" injury dan kemudian berlakon 'cara merawat ketika berlaku bencana". Pelajar juga memasak sendiri makanan ala bencana (terima kasih kepada pelajar Bachelor, Basir dan Norhamizah).












Aktiviti tambahan yang dimasukkan adalah cara-cara memadam api yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai bomba Daerah Dungun (terima kasih kepada Encik Aziz).












Hari ini pelajar telah diuji ketahanan mereka untuk bekerja dalam pasukan dengan aktiviti treking ke Bukit Penyu, Rantau Abang. Sukanya mereka apabila sampai ke puncak dan dapat bergambar beramai-ramai di situ. Pemandangan juga agak menarik, kerana dari puncak Bukit Penyu kita dapat melihat keindahan Laut China Selatan. Walaupun letih, hati merasa puas.

Lain kali ke Pulau Pula...!

Selasa, Ogos 26, 2008

Jom Derma Darah "PRA RAMADAN"

Hari ini (26 Ogos 2008) adalah hari kedua berlangsungnya kempen derma darah "JOM DERMA DARAH" anjuran PBSM Chapter UiTM Terengganu dan ianya diuruskan oleh pelajar Part 2 BPC.











Kempen ini diadakan sempena FESKO yang diadakan setahun sekali. Sejak kelmarin, pelajar yang mengunjungi Dataran Sura (Tempat kempen diadakan) adalah bertali arus terdiri daripada pelajar yang baru pertama kali menderma dan yang telah lebih 5 kali menderma. Kempen ini juga diadakan selaras dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah mengarahkan semua IPT mengadakan Kempen Derma Darah PRA-RAMADAN. Kita seperti biasa, sebagai persatuan yang pro aktif mengadakan kempen ini lebih awal.












Keseluruhan pungutan darah untuk kempen kali ini adalah 191 pints. Terima kasih kepada mereka yang menderma darah dan petugas yang bertungkus lumus menjayakan program ini.



Saya Dah Derma, anda bila lagi?

Isnin, Ogos 11, 2008

Latihan Kecemasan (FULL SCALE EXERCISE) Lapangan Terbang Kerteh

Sebuah Helikopter yang baru berlepas dari landasan Kerteh Airport kelihatan dalam kesusahan dan telah memberi isyarat "Mayday! Mayday!". Sejurus kemudian ia terhempas di belukar berhampiran landasan. Mujur sekali bomba Airport telah sampai dalam masa yang amat singkat (Kurang 3 minit) dan berjaya mengawal api yang sedang marak.











Hentakkan yang kuat menyebabkan hampir kesemua penumpang terpelanting keluar (12 orang) termasuk "juruterbangnya kapten Sathir" yang patah kedua-dua belah kakinya. Malangnya, co-pilot dan seorang penumpang telah terkorban.












Pihak bomba dari Kerteh juga telah sampai dan dengan pantas, mereka telah berjaya mengeluarkan kesemua mangsa untuk diuruskan oleh pihak hospital.











Beginilah keadaan atau senario yang terjadi ketika latihan kecemasan di Lapangan Terbang Kerteh dijalankan hari ini (11 Ogos 2008). Ia bermula lebih kurang 10.45 pagi dan membabitkan belbagai agensi seperti, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Jabatan bomba dan penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Polis diRaja Malaysia, PETRONAS Wilayah Pantai Timur termasuklan PBSM Cawangan Terengganu khususnya ahli PBS Chapter UiTM Terengganu. Operasi berakhir lebih kurang 1 tengahari dan agensi-agensi terlibat telah menghadiri sesi debriefing pada pukul 2.30 petang.












Berikut adalah senarai pelajar yang telah terlibat sebagai mangsa dan jurusolek dalam Latihan ini.

1. Mohammad Amiruddin bin Anang (Penumpang)
2. Ahmad Nur Fadhil bin Annuar
(Penumpang)
3. Mohd Abdul Bashir Zakaria
(Penumpang dan jurusolek)
4. Mohammad Fazli bin Nordin
(Penumpang)
5. Sayyid Muhammad Izdihar bin Muslimin
(Penumpang)
6. Nor Roslinda Zainal Abidin
(Penumpang)
7. Mohamad Azrul bin Mohd Daud
(Penumpang)
8. Adibah binti Abdul Aziz
(Penumpang)
9. Syara Aqilah binti Sakdon
(Penumpang)
10. Nurul Ain bt. Kamaruzaman
(Penumpang)
11. Mohd Fazli bin Abdul Aziz (Penumpang)
12. Nor Ans Fadhilah Rosli (Juru solek)
13. Anaz Kamal bin Mohd Noor
(Juru solek)
14. Hamizah Hamzah (Juru solek)
15. Fatin Diyana Ahmad Damanhuri
(Juru solek)

16. Mohd Firdaus Mat Yusof (Juru solek)

Di bawah pula adalah, senarai staf yang terlibat:

1. Encik Sathir bin Ahmad Habib (Pilot)
2. Encik Othman bin Abdullah (Pemberita)
3. Encik Ruslan bin Mohamad (Pemberita)
4. Encik Taufek Walek @Walid (Pemberita)
5. Encik Ahmad Shukri bin Ali (Pemberita)
6. Dr. Yusri bin Salleh (Penasihat Medic)

Penglibatan PBS Chapter UiTM Terengganu telah mendapat pujian dan penghargaan daripada pihak Airport kerana telah memberi kerjasama dan lakonan yang amat baik dan berkesan sekali. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat. Semua yang terlibat akan menerima sijil penghargaan pihak PETRONAS dan sebuah mug (untuk pelakon sahaja).

We are the best!

Selasa, Julai 29, 2008

Lawatan Dato' Seri VC











Pada 27 Julai 2008 (Ahad), Yang Berbahagia, Dato' Seri Prof Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM Malaysia telah mengunjungi Kampus UiTM Terengganu. Sempena lawatan Dato' Seri V.C , PBSM telah untuk julung kalinya menyertai barisan kawad bersama dengan pasukan PALAPES dan KESATRIA. Walaupun ia adalah yang pertama kalinya disertai oleh PBSM, namun ahli PBSM yang terdiri dari pelajar Part 2 dan 3 telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Gambar di atas membuktikan PBSM Chapter UiTM Terengganu adalah badan berunifom yang aktif.

Kita akan pergi World!!!

Rabu, Julai 23, 2008

Kedai PBSM











Kedai PBSM telah pun memulakan operasinya mulai 22 Julai 2008. Bertempat di sebelahan Blok 10. Buat masa ini perniagaannya tertumpu kepada bahan makanan yang dibungkus dan air minuman ringan. Ia diuruskan oleh pelajar part 7 perakaunan dan ahli PBSM. Setakat ini perniagaan adalah laris sekitar 10 pagi apabila pelajar dan staf bersarapan.

Kedai ini akan memperbagai bahan perniagaan tidak lama lagi. Tumpuan adalah kepada buku-buku, alatulis dan peralatan PBSM. Objektif penubuhan adalah untuk membantu mencari dana untuk aktiviti persatuan.

Pada mereka yang belum ke sini, apa tunggu lagi... bantulah perniagaan kami.

Selasa, Julai 08, 2008

Kempen Derma Darah Serentak Seluruh Negara 2008

Majlis Pelancaran Kempen derma darah Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan bersama oleh BSMM Cawangan Terengganu dengan kerjasama BSMM Chapter UiTM Terengganu dan Hospital Sultanah Aminah Terengganu telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Kempen ini telah diadalah di Terengganu Trade Centre Kuala Terengganu.

Kempen yang membawa tema "DERMA DARAH BERTERUSAN", telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Dato' Sri Baderulzaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, merangkap Penasihat BSMM Cawangan Terengganu.









Gambar menunjukkan sebahagian anggota PBS UiTM Terengganu sedang menerima taklimat tugasan.









Ketibaan Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, telah disambut oleh Pegawai-Pegawai Tinggi PBSM termasuk YM Prof. Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud, Pengarah UiTM Terengganu merangkap Pengerusi BSMM Chapter UiTM Terengganu.









Majlis bermula dengan Ucapan dari Yang Berbahagia, Dato' Rakna Bijaya Dato' Haji Aziz Badli bin Hj. Awang Chik Pengerusi BSMM Cawangan Terengganu dan disusuli oleh ucapan dari Yang Berbahagia, Dato' Dr. Haji Bahari bin Dato' Abu Mansor, Naib Pengerusi BSMM Kebangsaan.











Majlis Kempen Derma Darah Kebangsaan telah dirasmikan pelancarannya oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja.









Penderma darah terbanyak peringkat kebangsaan telah menerima hadiah dari Y Bhg. Dato' Dr. Bahari. Negeri Sarawak yang muncul sebagai negeri terbanyak menyumbangkan darah telah menerima piala dari Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja.









Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja, telah berkenan melawat Pameran yang diadakan dan menyaksikan cara CPR dijalankan.







Dipaparkan senario Kempen Derma darah, di mana penderma-penderma adalah terdiri dari pelajar, staf UiTM Terengganu dan penderma-penderma dari Kuala Terengganu. UiTM Terengganu telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Derma Darah Peringkat Kebangsaan ini.










Sejuta terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan tenaga dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang disumbangkan diberkati Allah swt.


"Beramal Melalui Derma Darah"