Selasa, Ogos 17, 2010

Kunjungan Sempena Ramadhan

Hari ini 17 Ogos 2010 Jawatankuasa PBSMM Chapter UiTM Terengganu beserta Pengarah UiTM Terengganu merangkap Pengerusi PBSMM Chapter UiTM Terengganu YM Prof Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud telah melawat Timbalan Pengerusi PBSMM Cawangan Terengganu Yang berbahagia Dato' Setia Bakti Dato' Haji Wan Abdul Manan bin Chik di kediaman Timbalan Pengarah HEA Prof. Madya Wan Dorishah Wan Abd. Manan.











Kedatangan kami telah disambut mesra oleh anakanda Timbalan Pengarah, Prof Madya Cik Wan Dorishah. Ibu beliau tidak ada pada waktu itu kerana menjalani rawatan dialisis. Kunjungan ini telah mencapai objektifnya, di mana kami dapat berbual sedikit dengan Dato' Timbalan walaupun beliau kelihatan sedikit letih. Pada usia 79 tahun, alhamdulillah Dato' Timbalan masih kelihatan bertenaga dan masih mampu berpuasa.











Kunjungan kami tidak lama, kami sampai pada 12.30 tengahari dan pulang kira-kira jam 1.30 tengahari sebelum zohor kerana Tuan Pengarah dan TPHEA akan menghadiri mesyuarat. Harapan dan doa kami semoga Dato' Timbalan akan sentiasa sihat, panjang umur dan dapat barakah dengan menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

"Sentiasa Menghormati Yang Tua"

Selasa, Ogos 10, 2010

Bengkel Memasak Nasi Beryani

Pada hari ini 10 Ogos 2010, peserta Bengkel Memasak anjuran PBSMM Chapter UiTM Terengganu telah diajar cara memasak menggunakan dapur Clinton. Dapur kukus ini biasanya digunakan untuk memasak nasi putih, tetapi hari ini PBSM telah mempelawa Chef Aishah dan rakan-rakan untuk mengajar cara menggunakannya dengan lebih kreatif iaitu memasak Nasi Beryani. Gambar-gambar di bawah menceritakan detik-detik tersebut. Bengkel ini diadakan di perkarangan Hotel UiTM berhampiran cafe kreatif.











Peserta yang menyertai bengkel ini terdiri dari ahli-ahli jawatankuasa PBSMM Chapter UiTM Terengganu, Pasukan RDS dan ahli dari Skuad Penyelamat. Program yang diuruskan oleh Encik Mohamed Muneer ini bertujuan untuk melatih ahli-ahli untuk lebih yakin menggunakan dapur Clinton ini semada sewaktu aman atau sewaktu berlakunya bencana. Selain itu, untuk melatih lebih ramai ahli yang boleh menggunakan dapur Clinton ini.











Antara tetamu yang hadir adalah Pengarah PBSMM Cawangan Terengganu, Tuan Haji Mohamad bin Mohd Zain dan Bendahari PBSMM Cawangan Terengganu, Encik Halim. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang juga merangkap Timbalan Pengerusi PBSMM Chapter UiTM Terengganu, Encik Azahari Abd Aziz dan Timbalan Pengarah Akademik, Prof Madya Wan Dorishah Wan Abd Manan.

Keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektifnya.

Komen peserta: SEDAP

"We'll cook for free for the needy"

Khamis, Ogos 05, 2010

Kempen "Jom Derma Darah" Pra Ramadhan

Pada 3 hingga 4 Ogos 2010, PBSM Chapter UiTM Terengganu telah menganjurkan Kempen Derma Darah sekali lagi sempena menyambut ketibaan Bulan Ramadhan.











Seperti biasa, sambutan adalah menggalakkan dan kami telah berjaya mengutip 294 pints darah. Ucapan terima kasih kepada semua yang menderma darah, semoga Allah mengurniakan kesihantan yang baik terutamanya di bulan Ramadhan nanti. Terima kasih juga kepada pihak Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah dan Lions Club yang memberikan kerjasama dan membantu menjayakan program kali ini.

"1 Pelajar 1 Darah 1 Nyawa 1 Malaysia"

Rabu, Ogos 04, 2010

Exercise Air Crash '10

Semalam 3 Ogos 2010, Lapangan Terbang Kerteh dengan kerjasama belbagai agensi (Bomba Penyelamat, PDRM, Maritim, DCA, Hospital, PBSM dsb) telah mengadakan latihan kecemasan (Ex. Air Crash '10) di kawasan tepi pantai Kerteh, lebih kurang 15 km dari Lapangan Terbang Kerteh.


PBSMM Cawangan Terengganu telah menghantar PBSMM Chapter UiTM Terengganu untuk menyertai aktiviti ini. Penglibatan PBSM adalah sebagai membantu menghidupkan senario bencana yang diadakan ini. Sebahagian besar ahli PBSM yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar semester 3. Mereka amat teruja untuk menyertai aktiviti ini setelah melihat gambar-gambar pelajar senior yang pernah terlibat dengan aktiviti yang sama 2 tahun yang lalu.

Senario latihan melibatkan sebuah kapalterbang Firefly yang telah mengalami kerosakan enjin dan akhirnya terhempas di kawasan pantai Kerteh. Lima orang telah terkorban termasuk dua orang pilot dan seorang pramugari. 36 orang penumpang telah jatuh bertaburan di kawasan pantai tersebut.











26 orang penumpang ini adalah terdiri dari pelajar kita manakala selebihnya adalah anggota JPAM. JPAM diambil berlakon kerana kita tidak mahu pelajar kita melakonkan watak penumpang yang hanyut di laut, kerana ia boleh mendatangkan bahaya yang tidak diduga. Pelajar kita hanya melakonkan watak penumpang yang cedera di darat dan sebagai ahli keluarga mangsa.











Pelajar kita telah dilatih untuk mengenakan solekan 'Injury" yang nampak seperti betul-betul berlaku. Mereka telah diajar melakonkan jenis-jenis kecederaan yang mereka "alami". Kombinasi ini menghasilkan lakonan yang mantap dan akhirnya memberikan cabaran yang hebat kepada pasukan penyelamat.











Kita telah mendapat pujian dari semua agensi yang terlibat kerana telah membawa watak dengan baik dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Kita juga telah mendapat tempahan untuk latihan yang akan datang.










Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat.


Latihan ini memberi makna yang besar kepada agensi yang terlibat di mana ia menilai tahap SOP mereka ketika berhadapan dengan bencana. Anggota kita juga dapat menimba ilmu dari aktiviti ini selain menjalin ikatan rapat dengan agensi luar dari sudut penglibatan khidmat masyarakat.

"We will help"