Rabu, Ogos 04, 2010

Exercise Air Crash '10

Semalam 3 Ogos 2010, Lapangan Terbang Kerteh dengan kerjasama belbagai agensi (Bomba Penyelamat, PDRM, Maritim, DCA, Hospital, PBSM dsb) telah mengadakan latihan kecemasan (Ex. Air Crash '10) di kawasan tepi pantai Kerteh, lebih kurang 15 km dari Lapangan Terbang Kerteh.


PBSMM Cawangan Terengganu telah menghantar PBSMM Chapter UiTM Terengganu untuk menyertai aktiviti ini. Penglibatan PBSM adalah sebagai membantu menghidupkan senario bencana yang diadakan ini. Sebahagian besar ahli PBSM yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar semester 3. Mereka amat teruja untuk menyertai aktiviti ini setelah melihat gambar-gambar pelajar senior yang pernah terlibat dengan aktiviti yang sama 2 tahun yang lalu.

Senario latihan melibatkan sebuah kapalterbang Firefly yang telah mengalami kerosakan enjin dan akhirnya terhempas di kawasan pantai Kerteh. Lima orang telah terkorban termasuk dua orang pilot dan seorang pramugari. 36 orang penumpang telah jatuh bertaburan di kawasan pantai tersebut.











26 orang penumpang ini adalah terdiri dari pelajar kita manakala selebihnya adalah anggota JPAM. JPAM diambil berlakon kerana kita tidak mahu pelajar kita melakonkan watak penumpang yang hanyut di laut, kerana ia boleh mendatangkan bahaya yang tidak diduga. Pelajar kita hanya melakonkan watak penumpang yang cedera di darat dan sebagai ahli keluarga mangsa.











Pelajar kita telah dilatih untuk mengenakan solekan 'Injury" yang nampak seperti betul-betul berlaku. Mereka telah diajar melakonkan jenis-jenis kecederaan yang mereka "alami". Kombinasi ini menghasilkan lakonan yang mantap dan akhirnya memberikan cabaran yang hebat kepada pasukan penyelamat.











Kita telah mendapat pujian dari semua agensi yang terlibat kerana telah membawa watak dengan baik dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Kita juga telah mendapat tempahan untuk latihan yang akan datang.










Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat.


Latihan ini memberi makna yang besar kepada agensi yang terlibat di mana ia menilai tahap SOP mereka ketika berhadapan dengan bencana. Anggota kita juga dapat menimba ilmu dari aktiviti ini selain menjalin ikatan rapat dengan agensi luar dari sudut penglibatan khidmat masyarakat.

"We will help"