Selasa, Ogos 17, 2010

Kunjungan Sempena Ramadhan

Hari ini 17 Ogos 2010 Jawatankuasa PBSMM Chapter UiTM Terengganu beserta Pengarah UiTM Terengganu merangkap Pengerusi PBSMM Chapter UiTM Terengganu YM Prof Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud telah melawat Timbalan Pengerusi PBSMM Cawangan Terengganu Yang berbahagia Dato' Setia Bakti Dato' Haji Wan Abdul Manan bin Chik di kediaman Timbalan Pengarah HEA Prof. Madya Wan Dorishah Wan Abd. Manan.











Kedatangan kami telah disambut mesra oleh anakanda Timbalan Pengarah, Prof Madya Cik Wan Dorishah. Ibu beliau tidak ada pada waktu itu kerana menjalani rawatan dialisis. Kunjungan ini telah mencapai objektifnya, di mana kami dapat berbual sedikit dengan Dato' Timbalan walaupun beliau kelihatan sedikit letih. Pada usia 79 tahun, alhamdulillah Dato' Timbalan masih kelihatan bertenaga dan masih mampu berpuasa.











Kunjungan kami tidak lama, kami sampai pada 12.30 tengahari dan pulang kira-kira jam 1.30 tengahari sebelum zohor kerana Tuan Pengarah dan TPHEA akan menghadiri mesyuarat. Harapan dan doa kami semoga Dato' Timbalan akan sentiasa sihat, panjang umur dan dapat barakah dengan menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

"Sentiasa Menghormati Yang Tua"