Sabtu, Oktober 22, 2011

Hari Penderma Darah Sedunia

UiTM Terengganu telah dinobatkan sebagai Penganjur Program Menderma Darah yang PALING AKTIF di Negeri Terengganu pada Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia, Peringkat Negeri Terengganu 2011 yang dilangsungkan di Dewan Balai Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Terengganu pada 26 September 2011 baru-baru ini. Kita telah diletakkan dalam kategori Institusi Pengajian Tinggi dan telah mengalahkan semua instituti pengajian tinggi yang lain bagi jumlah darah yang dipungut di Terengganu.

1. Universiti Teknologi MARA Terengganu (Paling Aktif)
2. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
3. Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Gong Badak, K. Terengganu
4. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
5. Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu
6. Kolej Islam, Sains dan Teknologi (KIST), Hulu Terengganu
7. Kolej INFORANA, Marang, Terengganu
8. Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) K. Terengganu



PBSM ingin mengucapkan tahniah kepada UiTM Terengganu dan kepada semua yang telah membantu membawa kejayaan ini. Tema yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini adalah "MORE BLOOD MORE LIFE". Pihak penganjur iaitu, Jabatan kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu telah mengadakan anugerah ini setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada penderma darah dan seterusnya menggalakkan mereka untuk terus menderma darah di masa akan datang.

Antara penerima anugerah paling aktif yang lain adalah:
1. Penderma darah paling aktif Negeri Terengganu
YM Tengku Sharun Tengku Hussin (106 kali)
2. Penderma Aferesis Paling Aktif
Encik Mohd Fadhillah bin Ismail (11 kali)
3. Penderma darah wanita Paling Aktif Negeri Terengganu
Puan Kho Geok Lam (62 kali)
4. Penderma Kumpulan Darah Jarang (Rh(D) negative)
Encik Wan Bakri bin Wan Jamal (39 kali)
5. Anugerah Khas Penderma Darah
(Encik Mahadzir Ahmad (105 kali)

Staf UiTM Terengganu yang menerima penghargaan adalah:
Encik Ruslan bin Mohamad (Beliau telah menderma sebanyak 47 kali)












"MORE BLOOD MORE LIFE"