Selain mendengar taklimat dari Encik Faizal, Penyelia Rumah Kebajikan AMBS, sukarelawan juga berkesempatan berkomunikasi dan membantu warga tua. Kami telah memberi sumbangan keperluan harian dan wang dari kutipan derma yang telah dilakukan oleh PBSM UiTM Terengganu.

Warga tua yang ada di pusat ini sentiasa rindu akan lawatan anak-anak dan saudara mara. Kedatangan sukarelawan ini, sedikit sebanyak mengubat rindu mereka. Ramai sukarelawan yang dapat menyelami kesedihan mereka dan ada yang menitiskan air mata.
Semoga lawatan ini dijadikan aktiviti setiap semester, supaya para pelajar UiTM Terengganu akan lebih prihatin dan menyayangi mereka yang lebih tua.
"Sentiasa Membantu mereka yang tua"