Jumaat, Februari 18, 2011

Intensive Training

Pada 18 Februari 2011, PBSM telah menganjurkan Kursus Intensif Pertolongan Cemas untuk pasukan Komander PBSM yang baru ditubuhkan. Kursus bermula dari 8.00 pagi dan tamat pada 5.00 petang.














Kursus telah dikendalikan oleh Pegawai Perubatan Dr. Yusri bin Salleh dan dibantu oleh Puan Salmiah dan Tuan Haji Mohamad bin Jusoh

Majlis dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni merangkap Timbalan Pengerusi PBSM Chapter UiTM Terengganu, Encik Azahari bin Abdul Aziz.


"Mantapkan Pasukan"

Sabtu, Januari 22, 2011

Bisnes Laris

Gerai PBSM di Blok 10 nampaknya menarik ramai pelanggan.










Kami menyediakan makanan untuk pelajar dan juga staf. Kami pastikan pelajar tidak ke kelas dalam keadaan lapar.

Kempen "Jom Derma Darah"

Kempen 'JOM DERMA DARAH' telah diadakan lagi pada 19 dan 20 Januari 2011. Ia adalah pembukaan pada sesi kempen derma darah yang akan dianjurkan oleh PBSMM Chapter UiTM Terengganu.











Kempen dua hari ini telah berjaya menarik seramai 386 orang penderma. Jumlah sebenar kutipan adalah sebanyak 312 pints darah . Walaupun kurang dari target kutipan sebanyak 400 pints, namun jumlah ini sudah dikira cukup baik bagi membantu menampung tabung darah Hospital Terengganu.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua penderma, pihak Hospital Besar Terengganu dan PBSM Cawangan Terengganu kerana telah menjayakan program kali ini.

'Sentiasa Membantu"

Sabtu, Januari 15, 2011

LIBK di UiTM Terengganu

Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) telah diadakan di Kampus UiTM Dungun dari 27 November 2010 hingga 10 Disember 2010. Seramai 13 orang anggota PBSM telah menyertai dan tamat dengan jayanya.


















Majlis Penutupan LIBK telah dilangsungkan pada 10 Disember 2010 dan perasmian penutupan telah dilaksanakan oleh TPHEPA, Encik Azahari bin Abdul Aziz.










Pasukan Komander PBSM ini adalah pasukan yang sulung dan PBSMM Chapter UiTM Terengganu berharap akan dapat menarik lebih ramai lagi ahli PBSM untuk menyertainya. InsyaAllah kita akan membentuk satu pasukan yang mantap dan berdisiplin. Pemimpin-pemimpin inilah yang kami harapkan dapat membantu ahli-ahli PBSM yang lain. Semoga Pasukan Komander PBSM UiTM Terengganu akan menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan PBSMM Chapter UiTM Terenggan pada masa akan datang.

"Komander PBSM"

Ahad, Oktober 24, 2010

Lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Istimewa

Pada 18 Oktober 2010 PBSMM Cawangan UiTM Terengganu telah mengadakan lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Istimewa Kuala Terengganu.












Pegawai yang mengiringi rombongan lawatan ini adalah:
1. Encik Zairi Ismael Rizman
2. Encik Ruslan bin Mohamad

"Yang lemah tidak dilupakan"

Ahad, Oktober 10, 2010

Lawatan Mesra PBSM UiTM Johor

9 Oktober 2010










Trekking di Bukit Bauk
Melihat latihan pasukan pancaragam
Melawat sekitar kampus dan Perpustawan

Jati Diri

9 Oktober 2010

Jumaat, Oktober 01, 2010

Larian Amal Dungun

1 Oktober 2010 HMD5HA telah menganjurkan Larian Amal Dungun

Padang Astaka Kuala Dungun

7 pagi hingga 12 Tengahari

PBSM telah menghantar 5 orang petugas


Isnin, September 27, 2010

Kempen "Jom Derma Darah" 1 Fiesta

26 September 2010












Sempena 1 Feista 2010 (Dari 26 September 2010 hingga 2 Oktober 2010)

Jumlah kutipan : 93 pints

Diuruskan oleh Pelajar HBU124

Anjuran bersama: MPP, PBSM Chapter UiTM Terengganu dan Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Sabtu, September 25, 2010

Futsal

25 September 2010

Jumaat, September 24, 2010

Explorace

Pada 24 September 2010, Pelajar Kejuruteraan Kimia (CheSS) telah menganjurkan Explorace dan diadakan di Stadium Gemilang UiTM Terengganu.

PBSM telah menghantar 3 orang petugas:
Nur Hikmah Misran
Rosna Adawiyah Rosdi
Nur Izzah Sakinah Mohd Adnan








"Bersedia"

Khamis, September 02, 2010

Language Academy Ramadhan Gathering

Pada 31 August 2010, Akademi Pengajian Bahasa telah mengadakan majlis berbuka puasa di perkarangan surau kolej Tenggol. Majlis kali ini lebih berjaya berbanding tahun tahun yang lepas kerana penglibatan lebih ramai ahli keluarga APB.

Majlis berbuka kali ini juga menyaksikan jumlah hidangan yang bertambah dan berbagai. Kali ini APB telah menjemput PBSM untuk menyajikan masakan beryani dan jemputan ini tidak kami sia siakan. Kami sediakan beryani yang istimewa untuk majlis ini. Encik Mohamad Muneer dan pasukannya telah berjaya dalam usaha mereka.











PBSM ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Rozlan Rahim kerana telah menjemput kami menyediakan masakan beryani. Kami juga ingin mengucapkan selamat berbuka puasa dan selamat menyambut hari raya kepada semua keluarga UiTM Terengganu.


"Selamat Hari Raya"

Selasa, Ogos 17, 2010

Kunjungan Sempena Ramadhan

Hari ini 17 Ogos 2010 Jawatankuasa PBSMM Chapter UiTM Terengganu beserta Pengarah UiTM Terengganu merangkap Pengerusi PBSMM Chapter UiTM Terengganu YM Prof Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud telah melawat Timbalan Pengerusi PBSMM Cawangan Terengganu Yang berbahagia Dato' Setia Bakti Dato' Haji Wan Abdul Manan bin Chik di kediaman Timbalan Pengarah HEA Prof. Madya Wan Dorishah Wan Abd. Manan.











Kedatangan kami telah disambut mesra oleh anakanda Timbalan Pengarah, Prof Madya Cik Wan Dorishah. Ibu beliau tidak ada pada waktu itu kerana menjalani rawatan dialisis. Kunjungan ini telah mencapai objektifnya, di mana kami dapat berbual sedikit dengan Dato' Timbalan walaupun beliau kelihatan sedikit letih. Pada usia 79 tahun, alhamdulillah Dato' Timbalan masih kelihatan bertenaga dan masih mampu berpuasa.











Kunjungan kami tidak lama, kami sampai pada 12.30 tengahari dan pulang kira-kira jam 1.30 tengahari sebelum zohor kerana Tuan Pengarah dan TPHEA akan menghadiri mesyuarat. Harapan dan doa kami semoga Dato' Timbalan akan sentiasa sihat, panjang umur dan dapat barakah dengan menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

"Sentiasa Menghormati Yang Tua"

Selasa, Ogos 10, 2010

Bengkel Memasak Nasi Beryani

Pada hari ini 10 Ogos 2010, peserta Bengkel Memasak anjuran PBSMM Chapter UiTM Terengganu telah diajar cara memasak menggunakan dapur Clinton. Dapur kukus ini biasanya digunakan untuk memasak nasi putih, tetapi hari ini PBSM telah mempelawa Chef Aishah dan rakan-rakan untuk mengajar cara menggunakannya dengan lebih kreatif iaitu memasak Nasi Beryani. Gambar-gambar di bawah menceritakan detik-detik tersebut. Bengkel ini diadakan di perkarangan Hotel UiTM berhampiran cafe kreatif.











Peserta yang menyertai bengkel ini terdiri dari ahli-ahli jawatankuasa PBSMM Chapter UiTM Terengganu, Pasukan RDS dan ahli dari Skuad Penyelamat. Program yang diuruskan oleh Encik Mohamed Muneer ini bertujuan untuk melatih ahli-ahli untuk lebih yakin menggunakan dapur Clinton ini semada sewaktu aman atau sewaktu berlakunya bencana. Selain itu, untuk melatih lebih ramai ahli yang boleh menggunakan dapur Clinton ini.











Antara tetamu yang hadir adalah Pengarah PBSMM Cawangan Terengganu, Tuan Haji Mohamad bin Mohd Zain dan Bendahari PBSMM Cawangan Terengganu, Encik Halim. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang juga merangkap Timbalan Pengerusi PBSMM Chapter UiTM Terengganu, Encik Azahari Abd Aziz dan Timbalan Pengarah Akademik, Prof Madya Wan Dorishah Wan Abd Manan.

Keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektifnya.

Komen peserta: SEDAP

"We'll cook for free for the needy"

Khamis, Ogos 05, 2010

Kempen "Jom Derma Darah" Pra Ramadhan

Pada 3 hingga 4 Ogos 2010, PBSM Chapter UiTM Terengganu telah menganjurkan Kempen Derma Darah sekali lagi sempena menyambut ketibaan Bulan Ramadhan.











Seperti biasa, sambutan adalah menggalakkan dan kami telah berjaya mengutip 294 pints darah. Ucapan terima kasih kepada semua yang menderma darah, semoga Allah mengurniakan kesihantan yang baik terutamanya di bulan Ramadhan nanti. Terima kasih juga kepada pihak Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah dan Lions Club yang memberikan kerjasama dan membantu menjayakan program kali ini.

"1 Pelajar 1 Darah 1 Nyawa 1 Malaysia"

Rabu, Ogos 04, 2010

Exercise Air Crash '10

Semalam 3 Ogos 2010, Lapangan Terbang Kerteh dengan kerjasama belbagai agensi (Bomba Penyelamat, PDRM, Maritim, DCA, Hospital, PBSM dsb) telah mengadakan latihan kecemasan (Ex. Air Crash '10) di kawasan tepi pantai Kerteh, lebih kurang 15 km dari Lapangan Terbang Kerteh.


PBSMM Cawangan Terengganu telah menghantar PBSMM Chapter UiTM Terengganu untuk menyertai aktiviti ini. Penglibatan PBSM adalah sebagai membantu menghidupkan senario bencana yang diadakan ini. Sebahagian besar ahli PBSM yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar semester 3. Mereka amat teruja untuk menyertai aktiviti ini setelah melihat gambar-gambar pelajar senior yang pernah terlibat dengan aktiviti yang sama 2 tahun yang lalu.

Senario latihan melibatkan sebuah kapalterbang Firefly yang telah mengalami kerosakan enjin dan akhirnya terhempas di kawasan pantai Kerteh. Lima orang telah terkorban termasuk dua orang pilot dan seorang pramugari. 36 orang penumpang telah jatuh bertaburan di kawasan pantai tersebut.











26 orang penumpang ini adalah terdiri dari pelajar kita manakala selebihnya adalah anggota JPAM. JPAM diambil berlakon kerana kita tidak mahu pelajar kita melakonkan watak penumpang yang hanyut di laut, kerana ia boleh mendatangkan bahaya yang tidak diduga. Pelajar kita hanya melakonkan watak penumpang yang cedera di darat dan sebagai ahli keluarga mangsa.











Pelajar kita telah dilatih untuk mengenakan solekan 'Injury" yang nampak seperti betul-betul berlaku. Mereka telah diajar melakonkan jenis-jenis kecederaan yang mereka "alami". Kombinasi ini menghasilkan lakonan yang mantap dan akhirnya memberikan cabaran yang hebat kepada pasukan penyelamat.











Kita telah mendapat pujian dari semua agensi yang terlibat kerana telah membawa watak dengan baik dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Kita juga telah mendapat tempahan untuk latihan yang akan datang.










Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat.


Latihan ini memberi makna yang besar kepada agensi yang terlibat di mana ia menilai tahap SOP mereka ketika berhadapan dengan bencana. Anggota kita juga dapat menimba ilmu dari aktiviti ini selain menjalin ikatan rapat dengan agensi luar dari sudut penglibatan khidmat masyarakat.

"We will help"