Selasa, Mei 22, 2012
Jumaat, April 13, 2012
Kempen "Jom Derma Darah"
Khamis, Disember 22, 2011
Kempen Derma Darah
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah berjaya mengadakan Kempen Derma Darah. pada kelmarin dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang bertempat di Dewan Utama.
Program tersebut telah berjaya mengumpul 100 orang penderma terdiri daripada staf & pelajar UiTMKT. Terima kasih diucapkan kepada penderma yang telah meluangkan masa datang untuk menderma dan kepada yang tidak lulus ujian saringan supaya tidak putus asa serta sudi mencuba lagi pada masa akan datang. "
Wassalam.
"Darah untuk hidup"
Sabtu, Disember 10, 2011
Persediaan Banjir
Kempen "Jom Derma Darah"
Jumaat, November 25, 2011
Konvokesyen
Selasa, November 08, 2011
Pameran Kanser Serviks
Latihan PALAPES di UiTM Arau
Satu pasukan perubatan yang terdiri daripada komander PBSM UiTM Dungun telah di hantar bertugas ke Kem Latihan Tahunan Palapes UiTM yang melibatkan 4 cawangan UiTM seluruh Malaysia. Kem ini dijalankan di UiTM Arau, Perlis selama tiga minggu bermula daripada 11 Oktober hingga 3 November 2011. Pasukan perubatan ini telah bekerjasama dengan Unit Kesihatan Arau yang diketuai oleh Dr. Wan Idris serta tiga anggota Kor Kesihatan Diraja (KKD).
UiTM Terengganu diwakili oleh:
MUHAMMAD AFIQ ISKANDAR BIN SHAMSHUDDIN
MOHAMAD AL-MUZAMMIL BIN MUHAMAD
MUHAMMAD HARITH BIN ROSLY
Pada minggu pertama kem tersebut semua aktiviti telah dijalankan di dalam kampus UiTM Arau serta di Lapang Sasar Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. Semua petugas telah di bahagikan kepada tiga kumpulan mengikut setiap aktiviti.
Minggu kedua pula banyak aktiviti telah berlangsung di luar kampus UiTM. Petugas-petugas telah dipecahkan kepada tiga kumpulan. Komander Afiq menjaga peringkat Junior, Komander Harith menjaga Intermediate dan Komander Al Muzammil menjaga peringkat Senior. Staff daripada Unit Kesihatan UiTM Arau juga bersama membanting tenaga bersama Komander PBSM UiTM Terengganu.
Pada minggu ketiga, semua aktiviti telah dijalankan di luar kawasan UiTM. Ketiga-tiga peringkat telah berkhemah di tiga kawasan yang berbeza. Mereka berkhemah hanya berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit. Para Komander juga telah mengikuti setiap kawasan perkhemahan dan merasai pengalaman yang sama dengan peserta kem. Kor Kesihatan Diraja bersama 3 anggotanya datang bersama Gombal, iaitu sebuah ambulans khas yang hanya digunakan di dalam hutan.
Di penghujung kem, anggota petugas PBSM UiTM Terengganu telah menerima pujian daripada pegawai-pegawai atasan Palapes dengan kesungguhan serta memberi komitmen yang penuh sepanjang kem dijalankan dan pihak mereka akan menimbang untuk memanggil semula petugas PBSM UiTM Terengganu ke pelbagai aktiviti anjuran Palapes di masa hadapan kerana kecemerlangan PBSM UiTM Terengganu menjalankan tugas.
Ahad, Oktober 23, 2011
Pentauliahan Komander PBSM
Walaupun hari dibasahi hujan dari pagi hingga ke petang namun pasukan komander ini kental melakukan kawad dan mempamerkan formasi kawad dengan iringan pasukan brassband UiTM Terengganu.
Kesimpulannya, bilangan Komander PBSM kini telah bertambah dan boleh dilatih untuk persediaan program atau pertandingan kawad akan datang.
"Terbaikkk"
Kempen "Jom Derma Darah"
Seperti biasa, kempen dijalankan dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Hasil kempen sehali ini, kami telah berjaya mengutip 85 pints. Terima kasih kepada semua yang telah menderma iaitu dari kalangan pelajar, pensyarah dan staf sokongan. Allah sahaja yang membalasnya.
"Sentiasa Berkhidmat"
lawatan ke Rumah Orang-Orang Tua
Selain mendengar taklimat dari Encik Faizal, Penyelia Rumah Kebajikan AMBS, sukarelawan juga berkesempatan berkomunikasi dan membantu warga tua. Kami telah memberi sumbangan keperluan harian dan wang dari kutipan derma yang telah dilakukan oleh PBSM UiTM Terengganu.

Warga tua yang ada di pusat ini sentiasa rindu akan lawatan anak-anak dan saudara mara. Kedatangan sukarelawan ini, sedikit sebanyak mengubat rindu mereka. Ramai sukarelawan yang dapat menyelami kesedihan mereka dan ada yang menitiskan air mata.
Semoga lawatan ini dijadikan aktiviti setiap semester, supaya para pelajar UiTM Terengganu akan lebih prihatin dan menyayangi mereka yang lebih tua.
"Sentiasa Membantu mereka yang tua"