Dihari yang kedua pengunjung masih ramai dan hari ini telah diadakah penyampaian hadiah bagi pop Kuiz, Hadiah Misteri dan hadiah-hadiah lain.
Digerai BSM, petugas sentiasa bersedia melayan pengunjung. Ramai yang bertanyakan berkenaan CPR terutamanya yang berkaitan bayi atau kanak-kanak kecil. Setiap pertanyaan telah diberi penjelasan yang jelas oleh petugas termasuk menunjukkan cara melakukan CPR.
Selain itu, ada pengunjung yang belum melihat dapur Clinton dan ini juga dijelaskan oleh petugas. Walaupun penat, petugas BSM kelihatan ceria dan sentiasa bersedia melayan pengunjung yang berbagai peringkat umur dan jawatan.
Ekspo tamat dengan rasminya pada jam 1 tengahari. Terima kasih kepada semua petugas yang telah meluangkan masa untuk menceriakan booth BSM.
"Lawatilah Gerai Kami"