Rabu, September 12, 2007

RAMADHAN

Selamat Berpuasa kepada semua ahli PBSM Chapter UiTM Terengganu.

Rabu, September 05, 2007

Fire-drill











Pada jam 9.15 pagi ini (5 September 2007), telah berlaku "kebakaran" di bangunan integriti. Semua staf yang berada di bangunan bergegas keluar menyelamatkan diri ke tapak yang telah disediakan. Malangnya 3 orang telah terperangkap dan terpaksa diselamatkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat. Tiada kehilangan nyawa.

Beginilah senario ketika dijalankan simulasi penyelamatan ketika "kebakaran" di bangunan Integriti. Fire drill ini telah dijalankan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dibantu oleh Skuad Penyelamat, Skuad RDS (Rapid Deployment Squad), Skuad VAD PBSM, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Unit Keselamatan dan Unit Kesihatan.

Mengikut post-mortem, staf berjaya dikeluarkan kurang dari 7 minit. Satu masa yang amat baik tapi boleh diperbaiki. Semua mangsa yang cedera di dalam bangunan dapat diselamatkan dalam masa kurang 10 minit dan terus dibawa oleh ambulans ke hospital. Di atas adalah gambar-gambar yang menunjukkan Timbalan Pengarah HEP Prof. Madya Haji Abdul Rahim Ramli sedang memadamkan api menggunakan fire-extinguisher (powder), Encik Ismail menggunakan hydran dan mangsa kebakaran di bawa ke ambulans.

Khamis, Ogos 30, 2007

Larian bendera sempena Hari Merdeka

Pada 27 Ogos 2007, 10 orang ahli PBSM dari Part 2 telah terlibat sebagai "standby" di Stadium Gemilang sempena sambutan hari Merdeka. Mereka adalah:

1.NORSHUHAILA BT ABDUL GHAZALI HO

2006153707

DEE

2.THAQIFAH NAFISAH HUSSAIN

2006111559

DEE

3.IRMA HIDAYANTI HALIM AFFENDY

2006111549

DEE

4.YUSNORHIDAYAH MOHAMED YUSUP

2006124495

AM110

5.NURUL FARAH AHMAD TAJUDDIN

2006124505

AM110

6.AMY NURSYUHADA BT MAZLAN

2006124535

AM110

7.TENGKU ROHASUZA TG MUDA

2006124547

AM110

8.SYARIFAH BT OTHMAN

2006125495

AM110

9.NIK HILLIANA BT NIK HEN

2006111139

BM114

10.SITI AMINAH BT LUKMAN

2006111143

BM114

Isnin, Ogos 27, 2007

Kursus Intensif RDS - Day 5










Hari ini adalah hari terakhir Latihan Unit Tindakan Khas Bencana (Rapid Deployment Squad) bagi Zon Pantai Timur yang diadakan di Mayangsari Resort Dungun. Ia adalah kursus yang pertama diadakan dan Dungun terpilih sebagai lokasi untuk tujuan tersebut.

Pagi ini peserta telah menduduki ujian bertulis selama satu jam. Kemudian persiapan dilakukan untuk majlis penutupan kursus. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi PBSMM Cawangan Terengganu.

Para peserta telah menerima sijil penyertaan masing-masing. Walaubagaimanapun terpulang kepada pihak IPK untuk menilai dan memilih peserta yang layak sebagai RDS dan memakai sut yang dikhaskan untuk anggota RDS.

Di akhir majlis pihak IPK (Encik Kadir) telah menyerahkan 3 buah khemah yang telah didirikan sewaktu simulasi kepada PBSMM Cawangan Terengganu. Dato' Setia Bakti, Dato' Haji Wan Abdul Manan bin Chik selaku Timbalan Pengerusi Cawangan pula telah bersetuju untuk menyerahkan semuanya kepada UiTM.

Terima kasih Dato'.

Ahad, Ogos 26, 2007

Kursus Intensif RDS - Day 4










Di antara aktiviti yang berlangsung pada hari ini adalah:
1. Pengenalan dan keselamatan peralatan
2. Cara-cara pengendalian bot.
3. Water confident

Peserta diajar teknik memindahkan mangsa yang terapung di laut ke stretcher. Insp. Mohamad Nor bin Ali, seorang jurulatih yang berpengalaman dan mahir telah menunjuk ajar peserta teknik yang sepatutnya dilakukan ketika berada di air. Selanjutnya beliau telah mengajar cara mengendalikan bot. Setiap peserta wajib mengendalikan bot kerana sebagai anggota RDS, peserta mestilah mampu mengendali bot ketika bencana jika keadaan memerlukan.

Ketika masih penat dan basah, peserta telah diarah melakukan simulasi bantuan bencana (banjir lumpur). Walaupun sukar dan masih kabur akan perjalanan operasi, peserta akhirnya berjaya menyelesaikan tugas dan menyelamatkan mangsa (20 orang student UiTM) yang terperangkap.

Kritikan dan komen pada post-mortem telah memberi sedikit sebanyak kefahaman akan apa yang patut dan tak patut dilakukan ketika mengendalikan operasi.

20 pelajar yang telah membantu:

1. HAMIZAH BTE HAMZAH BM 222

2. FATIN DIYANA BT AHMAD DAMANHURI OM221

3. SYARA AQILAH BE SAKDON AM110

4. INTAN SURAYA BTE OSMAN CS110

5. NOR ANIS FADHILAH BTE ROSLI BM 229

6. NUR FADILAH BT CHE KASSIM HM 112

7. MARNI BTE BAKRI CS 224

8. FARAH NINI BTE MOHD YUSUF AM110

9. AHMAD MUZZAMMIL B FADZILAN AM 110

10. RASHIDAH BTE MD RASYID HM 112

11. MOHD ABD BASHIR BIN ZAKARIA BM 229

12. NURUL AIN BT. KAMARUZAMAN CS110

13. ABDUL HAKIM B. MOHD NIZAM HM 112

14. MOHD HILMI BIN MOHD ISA AM110

15. MOHD HAFIZI BIN ADNAN BM 114

16. MOHD FAZLI BIN ABDUL AZIZ AM 110

17. MOHD RIZAL BIN MISMAN BM222

18. MOHD HAZWAN BIN MOHD RADZI AM 110

19. MUHD LUQMANUL HAKIM MOHD TAIB EE 111

20. ANAZ KAMAL B MOHD NOOR AM 110


Letih!

Kursus Intensif RDS - Day 3










Pengisian hari ketiga agak padat juga.
Di antara aktiviti hari ketiga adalah:

1. Cara cara membaca peta
2. Cara cara mengguna kompas
3. Pengenalan kepada alatan komunikasi
4. Keselamatan alat-alat
5. Cara cara berkomunikasi
6. Perkhidmatan ambulance kecemasan ( siren)
7. Mengenalpasti peralatan dalam ambulan
8. Penggunaan peralatan ambulan
9. Rekod pesakit.

Taklah susah sangat.

Jumaat, Ogos 24, 2007

Kursus Intensif RDS - Day 2










Hari ini peserta di dedahkan dengan teknik penyediaan tempat perlindungan mangsa bencana, memahami Arahan MKN (20) yang juga terkandung dalam Peraturan Tetap BSMM (SOP), dan teknik pengendalian masakan berkelompok. Setiap aktiviti dipantau oleh jurulatih. Setiap peserta telah melakukan yang terbaik dan mendapat pujian daripada jurulatih. Peserta juga memperlihatkan kesungguhan dalam melaksanakan aktiviti dan simulasi yang diberikan.

Khamis, Ogos 23, 2007

Kursus Intensif RDS - Day 1











Pada hari ini bermula kursus intensif RDS (Rapid Deployment Squad) di Mayangsari Beach Resort Dungun. UiTM Dungun diwakili oleh 9 peserta. Mereka adalah:

1. Encik Othman Abdullah
2. Encik Sathir Ahamed bin Habib
3. Encik Mohd Taufek bin Walek @ Wahid
4. Encik Tajul Hasnan bin Tajuddin
5. Puan Salmiah binti Mustaffa
6. Encik Mohd Noor bin Mat Sulong
7. Encik Mohamed Ishak Hj Badarudin
8. Encik Ismail bin Saleh
9. Encik Mohd Hasim Muji

Sementara peserta lain adalah dari Cawangan Kuala Terengganu dan Kelantan. Kuliah hari ini disampaikan oleh Encik Kadir, Encik Nasir Khan dan Encik Kulwant Singh dari IPK PBSM Kuala Lumpur.

Hari ini peserta didedahkan dengan:
1. Pengenalan kepada bantuan Bencana
Peserta juga dipertontonkan dengan video bencana gempabumi di Pakistan yang sungguh menyayat hati.
2. Peranan dan Plan Tindakan BSM Semasa Bencana
3. Cara membuat Penilaian dan Analisis
4. Panduan dan Tanggungjawab RDS
5. Cara menyediakan laporan
6. Peraturan Tetap BSMM (SOP)

Walaupun penat kerana peserta dikehendaki melakukan simulasi dan persembahan, tetapi suasana latihan amat menarik sekali. Terutamanya apabila setiap isi kuliah dikaitkan dengan bencana yang sebenar. Diharap mereka yang dilatih ini nanti dapat menjadi sukarelawan mewakili UiTM untuk membantu mereka yang memerlukan diwaktu bencana samada di dalam atau di luar negara.

Penubuhan Seksyen Part 1




















PBSM Chapter UiTM Terengganu telah berjaya menubuhkan 4 seksyen sulung untuk dilatih dan disediakan bagi sebarang aktiviti yang melibatkan UiTM di peringkat Kampus atau antarabangsa.

Kempen Derma Darah







Kempen Derma Darah pada 21 - 22 Ogos 2007 telah berjaya memungut 338 pints darah. 393 telah tampil ke Dataran Sura, malangnya 54 ditolak atas pelbagai sebab kesihatan. Namun ia adalah satu kejayaan bagi pelajar semester 1 dalam aktiviti major yang pertama. Tahniah diucapkan. Seramai 4 penderma telah mendapat hadiah pengunjung bertuah pada kempen kali ini. Di kempen akan datang kami mungkin melaksanakan pendekatan yang sama, supaya lebih ramai penderma yang akan tampil untuk membantu mereka yang memerlukan darah. Encik Saharrudin Mohamed, Penolong Pegawai Penerangan, Jabatan Patologi, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu juga amat berterima kasih kerana target yang mereka tetapkan telah tercapai dan berharap para penderma di UiTM akan terus menderma darah dimasa akan datang.

Ahad, Ogos 19, 2007

MyTeam2



















Pada 27 Julai 2007 12 orang ahli PBSM Chapter UiTM Terengganu telah menawarkan khidmat pertolongan cemas semasa selection untuk MyTeam2 menentang pasukan Indonesia. Ia juga satu kesempatan untuk melihat dan bertemu Shebby Singh dan Bojan. Pemilihan untuk MyTeam juga bukanlah mudah. Ini diketahui sendiri oleh ahli PBSM yang melihat betapa payah untuk dipilih menyertai MyTeam.

Sambutan Hari Belia



















Sambutan Hari dan Minggu Belia telah diadakan pada 18 Ogos 2007 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nilam. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dato' Seri Idris bin Jusoh.

100 siswa dan siswi PBSMM Chapter UiTM Terengganu telah mengambil bahagian. 40 orang PBSM telah mewakili Kampus UiTM dengan memakai baju batik. Mereka kelihatan segak sekali. 40 orang lagi ahli PBSM telah mewakili PBSM Chapter UiTM Terengganu dan mereka semua memakai baju T PBSM. Sementara 20 orang lagi telah menyertai sukaneka. 18 lagi ahli PBSM yang ingin menyertai perbarisan hari Belia ini telah gagal hadir kerana bas yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin. Walaubagaimanapun mereka tetap dianggap telah menunjukkan komitmen dan akan diberi ganjaran bonus seperti yang dijanjikan.

Jom Jangan Merokok










Pada 12 Ogos 2007 seramai 11 orang ahli PBSM telah mengikuti ceramah yang bertajuk "Jom Jangan Merokok" yang diadakan di Dewan Majlis Bandaran Dungun. Mereka telah diiringi oleh Encik Yusri Yaacob (MA).

Program Latihan CBDP





































Pada 5 hingga 8 April 2007 telah berlangsung Program Latihan Persediaan Bantuan Bencana Dalam Masyarakat (CBDP). Ia adalah Latihan yang bertama diadakan di Terengganu dan UiTM Terengganu dipilih sebagai lokasi untuk latihan tersebut. latihan ini adalah anjuran IPK dengan kerjasama PBSM Cawangan Terengganu dan PBSM Chapter UiTM Terengganu.