Di antara aktiviti yang berlangsung pada hari ini adalah:
1. Pengenalan dan keselamatan peralatan
2. Cara-cara pengendalian bot.
3. Water confident
Peserta diajar teknik memindahkan mangsa yang terapung di laut ke stretcher. Insp. Mohamad Nor bin Ali, seorang jurulatih yang berpengalaman dan mahir telah menunjuk ajar peserta teknik yang sepatutnya dilakukan ketika berada di air. Selanjutnya beliau telah mengajar cara mengendalikan bot. Setiap peserta wajib mengendalikan bot kerana sebagai anggota RDS, peserta mestilah mampu mengendali bot ketika bencana jika keadaan memerlukan.
Ketika masih penat dan basah, peserta telah diarah melakukan simulasi bantuan bencana (banjir lumpur). Walaupun sukar dan masih kabur akan perjalanan operasi, peserta akhirnya berjaya menyelesaikan tugas dan menyelamatkan mangsa (20 orang student UiTM) yang terperangkap.
Kritikan dan komen pada post-mortem telah memberi sedikit sebanyak kefahaman akan apa yang patut dan tak patut dilakukan ketika mengendalikan operasi.
20 pelajar yang telah membantu:
1. HAMIZAH BTE HAMZAH
20. ANAZ KAMAL B MOHD NOOR AM 110
Letih!