Ahad, Ogos 19, 2007

Sambutan Hari Belia



















Sambutan Hari dan Minggu Belia telah diadakan pada 18 Ogos 2007 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nilam. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dato' Seri Idris bin Jusoh.

100 siswa dan siswi PBSMM Chapter UiTM Terengganu telah mengambil bahagian. 40 orang PBSM telah mewakili Kampus UiTM dengan memakai baju batik. Mereka kelihatan segak sekali. 40 orang lagi ahli PBSM telah mewakili PBSM Chapter UiTM Terengganu dan mereka semua memakai baju T PBSM. Sementara 20 orang lagi telah menyertai sukaneka. 18 lagi ahli PBSM yang ingin menyertai perbarisan hari Belia ini telah gagal hadir kerana bas yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin. Walaubagaimanapun mereka tetap dianggap telah menunjukkan komitmen dan akan diberi ganjaran bonus seperti yang dijanjikan.