Khamis, Ogos 23, 2007

Kempen Derma Darah







Kempen Derma Darah pada 21 - 22 Ogos 2007 telah berjaya memungut 338 pints darah. 393 telah tampil ke Dataran Sura, malangnya 54 ditolak atas pelbagai sebab kesihatan. Namun ia adalah satu kejayaan bagi pelajar semester 1 dalam aktiviti major yang pertama. Tahniah diucapkan. Seramai 4 penderma telah mendapat hadiah pengunjung bertuah pada kempen kali ini. Di kempen akan datang kami mungkin melaksanakan pendekatan yang sama, supaya lebih ramai penderma yang akan tampil untuk membantu mereka yang memerlukan darah. Encik Saharrudin Mohamed, Penolong Pegawai Penerangan, Jabatan Patologi, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu juga amat berterima kasih kerana target yang mereka tetapkan telah tercapai dan berharap para penderma di UiTM akan terus menderma darah dimasa akan datang.