Khamis, Ogos 23, 2007
Kursus Intensif RDS - Day 1
Pada hari ini bermula kursus intensif RDS (Rapid Deployment Squad) di Mayangsari Beach Resort Dungun. UiTM Dungun diwakili oleh 9 peserta. Mereka adalah:
1. Encik Othman Abdullah
2. Encik Sathir Ahamed bin Habib
3. Encik Mohd Taufek bin Walek @ Wahid
4. Encik Tajul Hasnan bin Tajuddin
5. Puan Salmiah binti Mustaffa
6. Encik Mohd Noor bin Mat Sulong
7. Encik Mohamed Ishak Hj Badarudin
8. Encik Ismail bin Saleh
9. Encik Mohd Hasim Muji
Sementara peserta lain adalah dari Cawangan Kuala Terengganu dan Kelantan. Kuliah hari ini disampaikan oleh Encik Kadir, Encik Nasir Khan dan Encik Kulwant Singh dari IPK PBSM Kuala Lumpur.
Hari ini peserta didedahkan dengan:
1. Pengenalan kepada bantuan Bencana
Peserta juga dipertontonkan dengan video bencana gempabumi di Pakistan yang sungguh menyayat hati.
2. Peranan dan Plan Tindakan BSM Semasa Bencana
3. Cara membuat Penilaian dan Analisis
4. Panduan dan Tanggungjawab RDS
5. Cara menyediakan laporan
6. Peraturan Tetap BSMM (SOP)
Walaupun penat kerana peserta dikehendaki melakukan simulasi dan persembahan, tetapi suasana latihan amat menarik sekali. Terutamanya apabila setiap isi kuliah dikaitkan dengan bencana yang sebenar. Diharap mereka yang dilatih ini nanti dapat menjadi sukarelawan mewakili UiTM untuk membantu mereka yang memerlukan diwaktu bencana samada di dalam atau di luar negara.