Isnin, Ogos 27, 2007

Kursus Intensif RDS - Day 5










Hari ini adalah hari terakhir Latihan Unit Tindakan Khas Bencana (Rapid Deployment Squad) bagi Zon Pantai Timur yang diadakan di Mayangsari Resort Dungun. Ia adalah kursus yang pertama diadakan dan Dungun terpilih sebagai lokasi untuk tujuan tersebut.

Pagi ini peserta telah menduduki ujian bertulis selama satu jam. Kemudian persiapan dilakukan untuk majlis penutupan kursus. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi PBSMM Cawangan Terengganu.

Para peserta telah menerima sijil penyertaan masing-masing. Walaubagaimanapun terpulang kepada pihak IPK untuk menilai dan memilih peserta yang layak sebagai RDS dan memakai sut yang dikhaskan untuk anggota RDS.

Di akhir majlis pihak IPK (Encik Kadir) telah menyerahkan 3 buah khemah yang telah didirikan sewaktu simulasi kepada PBSMM Cawangan Terengganu. Dato' Setia Bakti, Dato' Haji Wan Abdul Manan bin Chik selaku Timbalan Pengerusi Cawangan pula telah bersetuju untuk menyerahkan semuanya kepada UiTM.

Terima kasih Dato'.