1.NORSHUHAILA BT ABDUL GHAZALI HO | 2006153707 | |
2.THAQIFAH NAFISAH HUSSAIN | 2006111559 | |
3.IRMA HIDAYANTI HALIM AFFENDY | 2006111549 | |
4.YUSNORHIDAYAH MOHAMED YUSUP | 2006124495 | AM110 |
5.NURUL FARAH AHMAD TAJUDDIN | 2006124505 | AM110 |
6.AMY NURSYUHADA BT MAZLAN | 2006124535 | AM110 |
7.TENGKU ROHASUZA TG MUDA | 2006124547 | AM110 |
8.SYARIFAH BT OTHMAN | 2006125495 | AM110 |
9.NIK HILLIANA BT NIK HEN | 2006111139 | BM114 |
10.SITI AMINAH BT LUKMAN | 2006111143 | BM114 |
Khamis, Ogos 30, 2007
Larian bendera sempena Hari Merdeka
Isnin, Ogos 27, 2007
Kursus Intensif RDS - Day 5
Hari ini adalah hari terakhir Latihan Unit Tindakan Khas Bencana (Rapid Deployment Squad) bagi Zon Pantai Timur yang diadakan di Mayangsari Resort Dungun. Ia adalah kursus yang pertama diadakan dan Dungun terpilih sebagai lokasi untuk tujuan tersebut.
Pagi ini peserta telah menduduki ujian bertulis selama satu jam. Kemudian persiapan dilakukan untuk majlis penutupan kursus. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi PBSMM Cawangan Terengganu.
Para peserta telah menerima sijil penyertaan masing-masing. Walaubagaimanapun terpulang kepada pihak IPK untuk menilai dan memilih peserta yang layak sebagai RDS dan memakai sut yang dikhaskan untuk anggota RDS.
Di akhir majlis pihak IPK (Encik Kadir) telah menyerahkan 3 buah khemah yang telah didirikan sewaktu simulasi kepada PBSMM Cawangan Terengganu. Dato' Setia Bakti, Dato' Haji Wan Abdul Manan bin Chik selaku Timbalan Pengerusi Cawangan pula telah bersetuju untuk menyerahkan semuanya kepada UiTM.
Terima kasih Dato'.
Ahad, Ogos 26, 2007
Kursus Intensif RDS - Day 4
Di antara aktiviti yang berlangsung pada hari ini adalah:
1. Pengenalan dan keselamatan peralatan
2. Cara-cara pengendalian bot.
3. Water confident
Peserta diajar teknik memindahkan mangsa yang terapung di laut ke stretcher. Insp. Mohamad Nor bin Ali, seorang jurulatih yang berpengalaman dan mahir telah menunjuk ajar peserta teknik yang sepatutnya dilakukan ketika berada di air. Selanjutnya beliau telah mengajar cara mengendalikan bot. Setiap peserta wajib mengendalikan bot kerana sebagai anggota RDS, peserta mestilah mampu mengendali bot ketika bencana jika keadaan memerlukan.
Ketika masih penat dan basah, peserta telah diarah melakukan simulasi bantuan bencana (banjir lumpur). Walaupun sukar dan masih kabur akan perjalanan operasi, peserta akhirnya berjaya menyelesaikan tugas dan menyelamatkan mangsa (20 orang student UiTM) yang terperangkap.
Kritikan dan komen pada post-mortem telah memberi sedikit sebanyak kefahaman akan apa yang patut dan tak patut dilakukan ketika mengendalikan operasi.
20 pelajar yang telah membantu:
1. HAMIZAH BTE HAMZAH
20. ANAZ KAMAL B MOHD NOOR AM 110
Letih!
Kursus Intensif RDS - Day 3
Pengisian hari ketiga agak padat juga.
Di antara aktiviti hari ketiga adalah:
1. Cara cara membaca peta
2. Cara cara mengguna kompas
3. Pengenalan kepada alatan komunikasi
4. Keselamatan alat-alat
5. Cara cara berkomunikasi
6. Perkhidmatan ambulance kecemasan ( siren)
7. Mengenalpasti peralatan dalam ambulan
8. Penggunaan peralatan ambulan
9. Rekod pesakit.
Taklah susah sangat.
Jumaat, Ogos 24, 2007
Kursus Intensif RDS - Day 2
Hari ini peserta di dedahkan dengan teknik penyediaan tempat perlindungan mangsa bencana, memahami Arahan MKN (20) yang juga terkandung dalam Peraturan Tetap BSMM (SOP), dan teknik pengendalian masakan berkelompok. Setiap aktiviti dipantau oleh jurulatih. Setiap peserta telah melakukan yang terbaik dan mendapat pujian daripada jurulatih. Peserta juga memperlihatkan kesungguhan dalam melaksanakan aktiviti dan simulasi yang diberikan.
Khamis, Ogos 23, 2007
Kursus Intensif RDS - Day 1
Pada hari ini bermula kursus intensif RDS (Rapid Deployment Squad) di Mayangsari Beach Resort Dungun. UiTM Dungun diwakili oleh 9 peserta. Mereka adalah:
1. Encik Othman Abdullah
2. Encik Sathir Ahamed bin Habib
3. Encik Mohd Taufek bin Walek @ Wahid
4. Encik Tajul Hasnan bin Tajuddin
5. Puan Salmiah binti Mustaffa
6. Encik Mohd Noor bin Mat Sulong
7. Encik Mohamed Ishak Hj Badarudin
8. Encik Ismail bin Saleh
9. Encik Mohd Hasim Muji
Sementara peserta lain adalah dari Cawangan Kuala Terengganu dan Kelantan. Kuliah hari ini disampaikan oleh Encik Kadir, Encik Nasir Khan dan Encik Kulwant Singh dari IPK PBSM Kuala Lumpur.
Hari ini peserta didedahkan dengan:
1. Pengenalan kepada bantuan Bencana
Peserta juga dipertontonkan dengan video bencana gempabumi di Pakistan yang sungguh menyayat hati.
2. Peranan dan Plan Tindakan BSM Semasa Bencana
3. Cara membuat Penilaian dan Analisis
4. Panduan dan Tanggungjawab RDS
5. Cara menyediakan laporan
6. Peraturan Tetap BSMM (SOP)
Walaupun penat kerana peserta dikehendaki melakukan simulasi dan persembahan, tetapi suasana latihan amat menarik sekali. Terutamanya apabila setiap isi kuliah dikaitkan dengan bencana yang sebenar. Diharap mereka yang dilatih ini nanti dapat menjadi sukarelawan mewakili UiTM untuk membantu mereka yang memerlukan diwaktu bencana samada di dalam atau di luar negara.
Penubuhan Seksyen Part 1
Kempen Derma Darah
Kempen Derma Darah pada 21 - 22 Ogos 2007 telah berjaya memungut 338 pints darah. 393 telah tampil ke Dataran Sura, malangnya 54 ditolak atas pelbagai sebab kesihatan. Namun ia adalah satu kejayaan bagi pelajar semester 1 dalam aktiviti major yang pertama. Tahniah diucapkan. Seramai 4 penderma telah mendapat hadiah pengunjung bertuah pada kempen kali ini. Di kempen akan datang kami mungkin melaksanakan pendekatan yang sama, supaya lebih ramai penderma yang akan tampil untuk membantu mereka yang memerlukan darah. Encik Saharrudin Mohamed, Penolong Pegawai Penerangan, Jabatan Patologi, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu juga amat berterima kasih kerana target yang mereka tetapkan telah tercapai dan berharap para penderma di UiTM akan terus menderma darah dimasa akan datang.
Ahad, Ogos 19, 2007
MyTeam2
Pada 27 Julai 2007 12 orang ahli PBSM Chapter UiTM Terengganu telah menawarkan khidmat pertolongan cemas semasa selection untuk MyTeam2 menentang pasukan Indonesia. Ia juga satu kesempatan untuk melihat dan bertemu Shebby Singh dan Bojan. Pemilihan untuk MyTeam juga bukanlah mudah. Ini diketahui sendiri oleh ahli PBSM yang melihat betapa payah untuk dipilih menyertai MyTeam.
Sambutan Hari Belia
Sambutan Hari dan Minggu Belia telah diadakan pada 18 Ogos 2007 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nilam. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dato' Seri Idris bin Jusoh.
100 siswa dan siswi PBSMM Chapter UiTM Terengganu telah mengambil bahagian. 40 orang PBSM telah mewakili Kampus UiTM dengan memakai baju batik. Mereka kelihatan segak sekali. 40 orang lagi ahli PBSM telah mewakili PBSM Chapter UiTM Terengganu dan mereka semua memakai baju T PBSM. Sementara 20 orang lagi telah menyertai sukaneka. 18 lagi ahli PBSM yang ingin menyertai perbarisan hari Belia ini telah gagal hadir kerana bas yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin. Walaubagaimanapun mereka tetap dianggap telah menunjukkan komitmen dan akan diberi ganjaran bonus seperti yang dijanjikan.
Jom Jangan Merokok
Program Latihan CBDP
Pada 5 hingga 8 April 2007 telah berlangsung Program Latihan Persediaan Bantuan Bencana Dalam Masyarakat (CBDP). Ia adalah Latihan yang bertama diadakan di Terengganu dan UiTM Terengganu dipilih sebagai lokasi untuk latihan tersebut. latihan ini adalah anjuran IPK dengan kerjasama PBSM Cawangan Terengganu dan PBSM Chapter UiTM Terengganu.